Exam
Sebelum al-kisah akak Fina tidak direkodkan, sebelum mamanya makin mengurangkan aktiviti mengemaskini n3 blog, eloklah saya mengambil sedikit masa untuk update cerita result exam Fina. Dah lama dapat result, lebih kurang 2 bulan. Mula-mula dia nampak patung pengantin di pasar malam. Dia nak sangat patung tu, saya cakap, kalau Fina nak, kena masa periksa kat sekolah dapat nombor 1. Sebab sebelum ini dia nombor 10, jadi saya tak kisah dia dapat ke tak. Alhamdulillah, bila dapat result, dia dapat nombor 2. Terkejut mama dia..hi2..Macamtulah anak-anak, bila dapat keputusan baik, kita pun tumpang gembira. Tahniah Fina. Walaupun Fina dapat nombor apa pun, mama tetap sayangkan Fina. Fina kat rumah rajin mewarna. Tapi hobi yang masih dikekalkan ialah tengok kartun lawan-lawan. Terutamanya Power Rangers. Berulang-ulang VCD tu dia tengok. Dah 4 tahun 8 bulan Fina. Makin besar anak mama. Macam-macam ragam, macam-macam kerenah, begitu menguji kesabaran kami baba dan mamanya, tapi itula...