Posts

Mac 2016

Image
Mac antara bulan istimewa dalam keluarga kami iaitu bulan meraikan ulangtahun pernikahan saya dan abang serta sambutan ulangtahun kelahiran Fittriah. 10 Mac 2016 ~ usia pernikahan kami telah memasuki 9 tahun. Mudahan Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan terhadap hubungan ini. Mudahan juga kami menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk 3 puteri kami. Amin:) Fittriah pula telah genap usianya 2 tahun pada 27 Mac 2016. Alhamdulillah. Fittriah membesar dengan sihat seiring dengan usianya. Memandangkan mama dah sambut besday Fittriah combine dengan akak Fina dan Fiqah Disember lalu, jadi kali ini mama buat makan-makan simple sahaja. Menu kali ini ialah mix flavour cheese tart dan satey. Parti besday di gerai mama dua sahaja Jumaat lepas. Untuk kawan-kawan di taska, mama dah sediakan goodies beg untuk beri kawan-kawan Fittriah. Doa mama : Moga Fittriah dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang berjaya pa...

3F

Image
Nama saya Nur Irdhina Syafiqah..Saya telah bersekolah di Tadika Islam Al-Qausar. Saya seorang yang lemah lembut. Sebab itulah selalu adik saya Fittriah akan tarik rambut atau cubit saya di rumah . Saya suka mewarna buku dan menonton cerita Sofia The First. Kalau di sekolah saya malu nak bercakap. Saya seorang pendiam. Cikgu selalu cakap kat mama, saya senyap sahaja di sekolah. Kalau dah siap kerja sekolah, saya tarik-tarik tangan cikgu tunjuk buku. Tak dengar suara pun. Alahai, sampai mama ckp Fiqah kan bukan OKU. Kenalah bercakap di sekolah. Bila nak tidur di rumah, saya suka mama tepuk badan saya hingga saya tertidur. Saya dah lama tak pakai pampers dan saya tak pernah lagi kencing malam kat tilam tau. Setiap pagi mama, akak Fina dan Fittriah akan hantar saya ke sekolah.  ************************************************************* Nama saya Nur Anisah Fittriah. 27 Mac ini saya dah genap 2 tahun. Hobi saya makan :) Tiap hari saya suka makan sampai perut saya nampak bu...

Fittriah

Image
Fittriah sudah berusia 1 tahun 11 bulan. Bulan depan genap 2 tahun. Fittriah kalau masa baby badannya tidak bambam macam kakak Fina dan kakak Fiqah, tapi bila dah pandai makan sendiri, baru nampak berisi sikit. Update perkembangan Fittriah : Masih bf dengan mama tapi kat taska Fittriah minum susu formula. Pandai cakap sepatah dua dan ulang apa kita cakap. Pantang tengok orang nak keluar rumah, cakap nak pot..nak pot...terjemahan bahasa : nak ikut..nak ikut... Selalu gigit, babap akak-akak dia kat rumah. Tapi bila kat taska ada satu petang tu saya ambil dia, ada budak kecil jer daripada dia cubit dia, senyap pula tak melawan. Kalau kat rumah, dialah yang buli akak-akak. Kuat makan, ini memang hobi dia dan kalau boleh dia nak makan suap sendiri. Suka mandi & main air. Duduk lama dalam bilik air pun tak pe. Alhamdulillah, Fittriah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Cuma minggu ini dia batuk dan selesema sedikit. Aktif dan suka memanjat kerusi bila kat rumah. ...

Majlis Kesyukuran dan Hari Lahir

Image
Tanggal 2 Jan 2016 yang lepas, saya dan abang telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan sambutan Hari Lahir untuk Fina, Fiqah dan Fittriah. Combine sekali semua sebab masa birthday Fittriah yang setahun lepas tak jadi buat. Fina 1 Jan dan Fiqah 25 Dis. Abang jemput orang surau di taman kami untuk membaca doa selamat selepas solat Zohor. Menu untuk hari tersebut :  nasi goreng cina, ayam goreng tepung, paprik campur, wedges, agar-agar, buah tembikai, bubur kacang hijau kuih seri muka (kaklong bagi), laksa (umi bagi), kek frozen dan cupcake. Semuanya dimasak sendiri dan saya minta kaklong tolong masakkan nasi goreng cina & goreng ayam. Kali ini abang sewa khemah depan rumah agar selesa tetamu yang hadir menjamu selera. Ramai juga yang hadir. Terima kasih pada nenek, ayah umi, adik beradik, ipar duai, sahabat andai dan jiran-jiran yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Mohon maaf jika ada kekurangan atau terlupa nak jemput. Tak menang tangan sebenarnya bila nak uruskan majl...

Cuti Hujung Tahun

Image
Percutian keluarga untuk hujung tahun lepas saya pilih Port Dickson sebagai destinasi pilihan. Mulanya nak pergi Bukit Tinggi, tapi tak jadi. Mungkin ada masa yang sesuai kami akan ke sana. Kali ini saya sekeluarga melawat ke Muzium Tentera di Port Dickson sebelum menginap di Puteri Beach Resort. Ramai juga pengunjung sebab cuti sekolah. Melawat muzium sinonim dengan minat abang yang suka membaca sejarah dulukala. Besar juga Muzium tentera ini, kalau rajin membaca sejarah penubuhan dan perkembangan tentera memang banyak ilmu yang kita dapat di sini. Saya? setakat tengok gambar rajinlah :)  Muzium Tentera PD Petangnya check-in di hotel kemudian bawa anak-anak bermain di tepi pantai. Malam pula kami makan seafood di medan ikan bakar Pasir Panjang. Pagi bawa anak-anak berendam di kolam renang dan kemudian bertolak balik ke kampung saya untuk saya habiskan cuti seminggu di kampung pula. PD Hujung minggu di kampung, ayah ajak pergi kenduri kahwin di kampung saya dan satu ...

2016

Image
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah pada pembukaan tahun 2016. Banyak peristiwa yang tak terduga berlaku dalam pengakhiran penutup penghujung tahun 2015 lalu, namun saya yakin semua yang berlaku adalah perancangan terbaik Allah dan kita sebagai manusia perlu percaya pada takdir-Nya.  Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk permulaan tahun ini, moga Allah permudahkan segala urusan mendatang terutamanya dari segi kerjaya saya. Amin. Awal tahun ini Fina telah memasuki darjah 2 dan Fiqah telah bersekolah di Taska Qausar untuk kelas usia 5 tahun. Semalam telah bermula persekolahan Fina dan Fiqah. Syukur, anak-anak saya tidak meragam di hari pertama persekolahan. Fiqah seronok dapat sekolah dan Fittriah pula masih tinggal di taska lama. Lega Fittriah tak menangis nak ikut mama pergi kerja .  Saya telah bercuti 2 minggu sebelum masuk tahun baru, jadi lama meluangkan masa dengan anak-anak di rumah. Tu risau mereka meragam untuk mula jadual harian...

Tamat Darjah 1

Image
Hari ini saya ke sekolah Fina untuk berjumpa guru kelas dan mengambil keputusan peperiksaan Fina untuk akhir tahun. Rasanya baru sahaja saya datang hantar Fina untuk daftar darjah 1, dah hampir setahun berlalu dan sesi persekolahan untuk tahun 2015 telah sampai ke penghujungnya. Cepatnya anak membesar! Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina telah meningkat peratusnya. Fina dapat nombor 13 dalam kelas. Semua abjad ada dalam keputusan dia - ABCDE. Ada yang lulus, ada yang tidak. Saya difahamkan oleh Cikgu kelas Fina, sekiranya 1 subjek gagal pelajar akan gagal keseluruhan peperiksaan. Bukan untuk 4 subjek teras sahaja. Maknanya, semua subjek pelajar harus lulus. Untuk darjah 2 tahun hadapan, Fina akan berpindah kelas yang lebih baik.  Fina telah pandai membaca dengan lancar. Itu perkembangan yang paling ketara setelah dia tamat darjah 1. Mengaji saya ajar Fina di rumah selepas waktu Maghrib, dah nak masuk Iqra' 3. Masih belum fasih mengaji, perlu diulang-ulang baru dia ...