Coretan perjalanan kehidupan membesarkan 4 puteri tercinta. Kisah dari zaman kecil hingga mereka dewasa. Moga memori yang tercipta menjadi kenangan manis untuk diingati.
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. Lagi
Bayi Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Matanya akan terbuka dan kepalanya akan berpaling jika cahaya diarahkan padanya. Saat ini berinteraksi dengan bayi dalam rahim sama ada membaca atau menyanyi sangat bagus. Anda Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. ********************************************************************* Baby dalam perut banyak bergerak dan kadang-kadang suka 'mengeras' terutamanya ketika saya berbaring. Masuk trimester ketiga ini, saya tidak kuat makan. Hanya makan ketika lapar dan cepat berasa letih bila terlalu aktif. Suka makan chakueh, apam balik, buah epal, pear, oren, air laici dan aiskrim. Saya tidak berhajat untuk scan
tengah tunggu giliran (tgk tu muat2 je duk dlm stroller) ni, kat rumah lagi.. sempat possing dulu sebelum pi klinik.. (thanks baba tlg ambik gmbr) Semalam aku bercuti sebab bawa fina ke klinik kesihatan Semenyih. Regular checkup dan cucuk 5 bulan. slalu kalau fina kene cucuk, memang aku ambik cuti.nak jaga dia. alhamdulillah, cucuk sekarang ni, bayi kurang mendapat risiko demam. mungkin disebabkan vaksin yang digunakan bersesuaian dengan tahap keupayaan dan ketahanan badan bayi. tapi sebagai langkah berjaga-jaga,aku minta juga pakar beri ubat fina ( baba fina ler ) untuk beri fina ubat demam.pencegahan kan lebih baik.. semalam timbang berat fina dan berat sekarang 8.5 kg ...hu..hu..lagi sikit nak naik ke graf O B E S I T I . tapi walaupun berat nak mencapai garisan, fina kategori normal lagi..lagipun fina kan HANYA MINUM SUSU IBU .nurse kat klinik tu pun geram tengok kemontelan fina. tak pe la fina, biar la 'semangat' pun, mama sanggup dukung, asalkan anak mama sihat dan cer
Comments
Post a Comment