Gali lah ilmu..

Dah lama tak citer pasal BF..sebenarnya, aku mengambil keputusan untuk BF fina secara ekslusif setelah hbs tempoh berpantang.time tu guna pureen bateri aje..beli kat billion bangi berharga RM73.90. masa dalam tempoh pantang lak, guna pureen manual..memang tak selesa..sakit nipple. tapi maklum ler, kurang ilmu tentang pemilihan pam yang baik..so, setelah sebulan start bekerja, aku memilih untuk membeli set spectra 3..alhamdullillah, pam ini sangat2 berguna dan bersesuaian bagi aku yang keje ofis hour 8 pagi-5 ptg.

mengikut pengalaman aku dalam pantang, rasa menyesal gak sebab dari awal tak belajar ilmu2 BF ni..cara menyusukan anak, cara menyimpan EBM, cara menggunakan pam, dan lain2..tu la, kalau aku bersembang dengan ibu2 yang tengah pregnant dan berminat untuk BF baby, slalu aku nasihatkan untuk belajar, atau attend kelas2 BF nih..tambahkan ilmu, aku tak nak diaorang jadi macam aku, terkial2 lepas pantang nak timba ilmu. itupun melalui blog2 dan web susu ibu yang ku jadikan sebagai panduan. nasib baik belum terlambat untuk aku fully BF fina..

aku sangat2 bersyukur, atas pengetahuan yang dapat dari blog2 tersebut, aku gunakan sebagai panduan sehingga kini.tapi kadang2 aku rasa sedih, apabila aku nasihatkan ibu2 yang tengah pregnant, jawapan2 ni la yang slalu aku terima." alah, mak2 kita dulu tak payah blajar pun cara menyusukan anak", " cukup ke susu nanti nak bagi anak", "buat ape susah2 nak pam2 susu"..ya Allah, betapa ceteknya pengetahuan ibu2..apepun sapelah kita untuk menafikan hak seorang anak..ye, susu ibu adalah hak anak..kalau la bakal2 ibu tu tahu kepentingan dan kebaikan BF, pasti mereka menyesal dan amat sedih jika tidak berjaya menyusukan anak mereka..

apepun, bagi bakal2 ibu, gali lah ilmu mengenai BF..aku pun masih belajar dan terus belajar demi anak tercinta. walaupun tidak sepandai pakar laktasi, tapi sekurang-kurangnya ilmu ku cukup untuk meneruskan perjuangan menyusukan Fina..bukan mudah rupanya, tapi itulah pilihan ku demi fina..sekurang2nya fina BF secara direct semasa malam & bercuti. kalau dibandingkan dengan ibu2 yg FULLY PUMPING, memang aku tabik..aku tau bukan mudah jadi pengepam tegar..aku yang satu hari 3x pam kat ofis ni pun kadang2 rasa terbeban, inikan pula ibu2 yang mengepam dari pagi sampai ke malam..

Bagi wanita yang bergelar IBU, tanamkan cita2 murni menyusukan anak..sedangkan haiwan pun pandai menyusukan anaknya sendiri, inikan pula kita seorang insan yang bergelar ibu yang diberi akal fikiran..

Comments

  1. ye, aku sendiri menyesal xmenyusukan anak first dulu.kurang pengetahuan.InsyaAllah anak yg akan dtg aku akan cuba susukan selama mana yg bleh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..