Posts

Showing posts from May, 2009

Fina Demam Part II

Image
"DIK, ANK NANGIS LEGAT NI" lepas je dapat sms dari kaklong, terus je kemas2 balik rumah..ape lagi half day ler.tak sempat tunggu petang pun..panas betul badan fina. ingat kebah demam dia, tapi dah lepas maghrib lagi panas pulak. ape lagi, siap2 ler pegi KLINIK JULIA. fina turun je dari keta, sengih2 je dia dtg klinik nih..aku rasa dia sesuai dgn klinik ni. kalau tak, sure mengamuk punyer..aku penah dtg klinik ni sekali..masa sunatkan fina..pastu, ni kali kedua kami dtg. masa tunggu untuk jumpa doktor, ade la sorang lagi baby, tunggu dgn mama dia..baby tu tengah lasak la, kira baru dapat jalan..tiba2, fina ni sungguh2 gelak..kelakar agaknya tengok muka baby tu. aku ingat baby tu lelaki, rupa2 baby girl jugak..fina ketawa mcm geli hati sangat tengok budak tuh..padahal budak tu, bukan tengok dia pun..adik2...macam2..kat rumah, merengek aje, sampai klinik, gelak sakan pulak dia.. tengah tunggu nak jumpa doktor..suka je, dtg klinik julia.. suhu badan dia panas lagi, so, doktor mas

Fina Demam..

Image
Malam tadi start pkl 12 rasa badan fina panas suam2 jer..tapi dah start pkl 2 pagi jadi panas seluruh badan. nafas dia pun panas. patut la semalam fina nenen tak berpeluh pun. kalau tak, sure hbs basah rambut dia. tuam dahi fina dengan tuala basah, tapi tengok dia rasa tak selesa. tidur peluk dia erat2..mujur fina tak nangis kuat. cuma merengek je. tak sedap badan. pkl 6 pagi tadi, baba bagi ubat sikit2..tu pun muntah dulu baru ok..pagi tadi htr rumah kaklong, dah ok sikit. boleh gelak2. rasa tak sampai hati nak tinggal. dah pesan kat kaklong, kalau teruk, bgtau cepat2..ape lagi, plan balik rumah ler.. tapi fina kalau nak start bulan baru memang gini, selsema la, demam la, batuk la..nak tukar bulan kot.mudah-mudahan anak mama cepat sembuh.. risau mama tau..tak sabar nak tunggu petang..nak tengok fina..sabar la sayang mama ye..balik nanti ma jaga adik..

Ape Tuh...

Image
TENGAH SYOK TENGOK, APE BENDA LA NIH... AIK, ADE BLING2 PULAK..LAYAN JE LA FINA..BABA BELI KHAS TUH..HI2..

Hobi Fina..

Image
Aksi2 FINA tgh syok hisap jariiii... SEDAPNYAA......

Amalan pemakanan ibu yg BF

Sebenarnya sejak mula BF ni, baru aku blajar makanan ape yang boleh mengekalkan/membanyakkan pengeluaran susu..kot pegi cafe tu, asyik ler tengok kot2 ade lauk yg sesuai.memang terbatas selera, tapi sebab anak tersayang, kene la berkorban..setakat ini aku amalkan makanan2 berikut : minum air kosong sebanyak mungkin.atleast 2 liter sehari.memang elok untuk sistem badan. sejak berkahwin, aku jadi tak suka pulak minum air sejuk/ais..terikut2 abg..aku ade baca satu article- ibu yg BF tidak digalakkan minum minuman sejuk. boleh sebabkan susu kering..taktau la betul ke tak. sgt2 digalakkan minum air suam. teringat citer masa aku dalam pantang. aku memang suka minum air. rasa haus aje. sampai ayah&kakngah pesan jgn minum air banyak.boleh sebabkan bengkak susu.padahal bengkak susu tu disebabkan faktor2 lain. ibu yg BF memerlukan air yang mencukupi. minum madu asli HPA 1 sudu kecil sebelum tidur dan selepas bangun tidur setiap hari. makan kurma 1 atau 2 biji setiap pagi sebelum pergi kerja.

Cara-Cara Merangsang Bayi

Ilmu yg boleh dikongsi bersama... Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti ” anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu”, dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini. Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sa

Perasaan menjadi Seorang Ibu..

Baru aku tahu, bukan mudah menjadi seorang ibu..perlukan pengorbanan, kesabaran dan ketabahan..bukan sahaja berjuang saat menempuh sakit ketika bersalin, tetapi terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak..dan yang paling utama ialah, kasih sayang yang dicurahkan. tak ternilai dengan kata-kata. seorang ibu sanggup menyerahkan segala-galanya demi anak tercinta. baru aku faham maksud "Syurga itu di bawak tapak kaki ibu". tapi mampukah seorang anak membalasnya..walau tidak mampu dari segi harta benda, mungkin hanya dengan perbuatan. doa dan harapan aku mudah-mudahan NUR AZWA SAFRINA menjadi anak yang taat dan mampu menjaga serta menghormati mama&baba nya apabila dewasa kelak sepertimana kami membesar dan mendidiknya..amin.. Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapatlah melihat bulan dan Matahari Yang dikurniakan dari Ilahi Ayah dan ibu lah Mesti dihormati Ayah dan ibu Wali dan juga keramat Pada mereka kita beri hormat Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hi

AL-FATIHAH..

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS BONDA KU, ALLAHYARHAM CHEK YAM BT. HUSIN YANG KEMBALI KE RAMATULLAH PADA 18 MEI 1994.. KENANGAN BERSAMA MU MASIH TERPAHAT DALAM HATI KU BUAT SELAMA-LAMANYA..AL-FATIHAH..

PerKemBaNgan Fina 4 Bulan

Image
Belajar memegang mainan.. pegang bantal peluk sebelah tangan.. Mengangkat kaki dan gerakkan tangan.. Menghisap jari.. Tersenyum + Tergelak.. Belajar mengiring..(kalau rajin baru buat) Bila dah kenyang, tidur nyenyak.... Suka dipegang..start pkl 8, baba ler yg layan pegang.. dan perkembangan yg paling utama ialah " suka melentang sahaja, mudah&senang, hanya gerakkan kaki & tangan " hi2.. fina2, bila la anak mama nak pandai meniarap nih.... jgn malas nak oii....

BreasT FeeDing..(BF)

Image
dah lama aku nak citerkan pengalaman BF ni. sebenarnya masa mengandung, aku tak penah pun terfikir susu ape yg akan aku beri pada anakku selepas lahir. yang ada dalam list barang2 kelengkapan baby ialah baju, set tilam, sarung tangan& kaki, mandian dll ler yg berkaitan dgn penjagaan baby. tapi aku ingat ade sekali je aku dengar ceramah pasal penyusuan susu ibu kat klinik Putrajaya. kelebihan2 BF nih.time tu aku prgnant 7 bulan. tapi mcm biase la, dgr2 gitu aje.tak de rancangan dan tekad untuk BF anak aku sampai sekarang. ceteknya pengetahuan aku masa tuh..hu..hu.. first time beri BF pada fina adalah suatu saat yg paling indah dan berharga dalam hidup aku..rasa terharu pun ada..ye la, perasaan jadi seorang ibu..memang tak dapat dilupakan.fina menyusu setelah 1 jam dilahirkan.mengikut kajian yg aku penah baca, memang time tu deria menghisap bayi kuat.tercari2 nen mama dia. kekuasaan Allah..tak payah diajar, bayi pandai menghisap susu ibunya sendiri.. masuk hari ketiga, fina telah ken

SeT SpectRa 3

Image
Setelah menggunakan pam bateri pureen selama sebulan,aku telah berjaya memujuk abg untuk membeli SET SPECTRA 3 XTRAVAGANZA dari MLO@ Sri Kembangan. Memang rasa seronok sgt dapat set pam ni...bolehla aku teruskan target pertama aku untuk BF fina sampai umur 6 bulan..AMIN.. cuba teka ape di dalam nyer????? Ni la isinya...PAM S3. ni pulak, aksesori S3..tiub, corong (4 double pumping)&botol setelah 20 minit curi masa ofis , ni la hasilnya..alhamdullilah, rezeki fina.. pastu, boleh simpan dalam cooler beg.. dan, letak 3 ice pack MLO tu, tak yah simpan dalam freez ofis lagi..yahuu!!!!! to abg, tq 4 ur support!!!!!!!

Fina Dah 4 Bulan..

Image
gelak besar ye.... Hari ni pegi Klinik Semenyih, checkup fina. memandangkan fina kene batuk dgn selsema, so jumpa doktor, mintak sekali ubat. fina cukup susah makan ubat.semalam, kaklong bagi ubat, habis dimuntah eh..basah2 mama NO.2 tuh..aku ingat lagi masa fina 2 bulan, dah pandai buang ubat yg aku bagi kat mulut dia.siap2 muntah & batuk2 lagi.slalu orang yg sabar bagi ubat kat fina, baba dia la..bagi sikit2..siap pujuk..haaiii, minum grape water pun mcmtu jugak..habis di"lueh" eh..fina, memang baby yang TAK SUKA UBAT... itu la kesimpulannya... tapi citer kali ini, bukan pasal ubat. tapi pasal BERAT fina..hari ni timbang fina dah 7.9 kg .. memang dah diduga. sebab weekend aku mandikan dia, memang tak larat nak timang dah..aku pulak, dah kurang berat..sekarang dah 49kg..suka la tuh..hi2..biar anak yg naik badan, jangan mama nyer..ni la berat2 fina yg telah direkod oleh mama fina.. hari first - 2.87 kg 1 bulan - 4.3 kg 2 bulan - 5.7 kg 3 bulan - 6.7 kg 4 bulan - 7.9 kg a
Image
Raya 2008 Raya 2007 (saje aku letak gmbar raya ni. tahun ni raya bertiga pulak) PERMATA (ntah kenapa, aku suka lirik lagu ni...) Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri Untuk kau penuhi dengan kemuliaan Seorang wanita Untuk kau beri erti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang Ku ingin kau jadi wanita mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang lelaki bernama suami Kerana kau isteri Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini Tak semudah yang kita janjikan Yang kita janjikan Kerana kau isteriku....

SaAt-SaaT KeLaHiRan..

Image
Lebih kurang pkl 1.15 pagi aku telah dimasukkan ke Dewan Bersalin. abg menemani aku. tiba-tiba, aku rasa mengantuk sangat-sangat. sebab ubat tahan sakit rasanya. dalam masa yg sama, aku rasa sejuk, mengigil-gigil kaki. katil memang dah basah dgn air ketuban. bidan dtg untuk check jalan. baru buka 6cm. so, kene tunggu 10 cm baru aku boleh bersalin. YA ALLAH, memang pelbagai rasa dalam fikiran aku ni. abg yang setia menemani aku, telah memberikan semangat terhadap aku. suh aku bersabar...rasa haus sangat, tekak kering. nasib baik ade sinki kat dalam bilik bersalin tersebut. aku minta abg untuk berikan aku air. minum la air paip yg diletak pada jari2 tangan abg. sedihnya, bila ingat.lebih kurang pkl 4.30 pagi, rasa sakit yg amat sgt. macam2 surah aku baca dalam hati. minta dipermudahkan oleh Allah.bidan telah bersedia untuk menyambut kelahiran anak pertama ku.Dengan segala kudrat yang aku ada, aku telah berjuang dan berusaha untuk melahirkan anak ku ini. Alhamdulillah, tepat 5.02 pagi, ak