Agak lama saya menyepi dengan n3 baru. Mood menaip yang malas dan idea yang tidak kunjung tiba sebab malas nak fikir. Kalau macamtu, faham-fahamlah. Memang sakit M dah menyerang. Rutin harian saya dijalankan seperti biasa. Isnin hingga Jumaat pergi kerja, hantar Fina pagi-pagi ke Taska, buat kerja ofis, cukup time, pi rehat. Pukul 5 lebih balik rumah. Tiada banyak perubahan dalam hidup seharian. Cuma seronok melihat perkembangan anak yang semakin 'membesar' dan bermacam ragam. Fina sekarang ???? Hari-hari dalam kereta suruh saya nyanyi lagu. Lagu kegemarannya " Papaku pulang dari ko ta , papaku beli kan kere ta , kereta kecil warna me rah , boleh ku bawa ke seko lah , pon-pon-pon-pon-pon, kereta kecil ku berbu nyi , marilah adik mari na ik , boleh ku bawa jumpa ne nek " . Yang bertanda dakwat merah, akan dinyanyikan oleh Fina sendiri. Selebihnya mama Finalah yang kena nyanyi. Kalau nyanyi lagu lain yang dia tak tak suka, selamba dia cakap "ma, na ma..." dite...