Cari jalan

Salam hari Jumaat. Kita telah berada di bulan April dan Fina telah genap 2 tahun 3 bulan. Kalau sebelum Fina berusia 2 tahun, saya sangat teruja bila menunggu masa peralihan bulan-ke bulan. Nak capai target BF. Tapi sekarang, cuma menghitung hari ke hari untuk bercerai susu yang entah bila. Fina masih BF hingga sekarang. Cuma semasa di taska, Fina tidak minum susu. Bukan tak pernah saya ajarkan susu formula, tapi Fina reject terang-terangan. Kekerapan Fina BF, masih sama. Tiada yang berubah. BF sewaktu tidur malam 3-4x semalam. Siangnya kalau saya cuti, BF ikut permintaannya.

Dah besar pun nak nem lagi :)


Perasaan, kadang-kadang saat terindah ketika BF telah bertukar kepada perasaan agak 'malas' untuk melayan Fina BF. Nak pangku pun tak muat lagi. Fina dah semakin besar. Mungkin sudah tiba masanya saya memikirkan cara-cara yang sewajarnya untuk menghentikan penyusuan. Lagipun, saya telah 'letih'. Rasanya cukuplah rezeki saya sampai sejauh ini. Mama Fina tengah mencari jalan dan idea yang berkesan. Harap-harap boleh menjadilah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall