Update Fina

Agak lama saya menyepi dengan n3 baru. Mood menaip yang malas dan idea yang tidak kunjung tiba sebab malas nak fikir. Kalau macamtu, faham-fahamlah. Memang sakit M dah menyerang.


Rutin harian saya dijalankan seperti biasa. Isnin hingga Jumaat pergi kerja, hantar Fina pagi-pagi ke Taska, buat kerja ofis, cukup time, pi rehat. Pukul 5 lebih balik rumah. Tiada banyak perubahan dalam hidup seharian. Cuma seronok melihat perkembangan anak yang semakin 'membesar' dan bermacam ragam.


Fina sekarang ????




  • Hari-hari dalam kereta suruh saya nyanyi lagu. Lagu kegemarannya "Papaku pulang dari kota, papaku beli kan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah, pon-pon-pon-pon-pon, kereta kecil ku berbunyi, marilah adik mari naik, boleh ku bawa jumpa nenek" . Yang bertanda dakwat merah, akan dinyanyikan oleh Fina sendiri. Selebihnya mama Finalah yang kena nyanyi. Kalau nyanyi lagu lain yang dia tak tak suka, selamba dia cakap "ma, na ma..." diterjemahkan bahasa"mama, tak nak lagu tu lah". adoi, dah lah suruh mama nyanyi free, tak berbayar, siap reject lagi..


  • Fina kuat makan sekarang. Jumaat lepas, makan banyak sangat sampai dia tak boleh tidur malam. Petangnya dah makan nuget ayam 4 keping, malamnya makan nasi 2 pinggan. Lepastu nak tidur BF lagi sampai kenyang. Sampai ke pagi kejap-kejap dia bangun tak sedap perut. Tulah terlebih muatan. Semalam pi ambil kat Taska, teacher nya kata. Fina gigi tu 2 batang, tapi makan banyak..ha2..


  • Gigi Fina ada 6 tempat kosong untuk diisikan lagi. Dah macam teka silang kata jer..Ha, dan sangatlah malas gosok gigi anak dara saya ni. Penat ajar.


  • Rajin tolong angkat pinggan mangkuk ke dapur lepas makan. Selain itu, keje rumah lain yang dia rajin buat ialah 'menolong' saya melipat baju.


  • Suka tengok kapal terbang di awan biru.


  • Boleh cakap sikit-sikit dah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall