Sepohon kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun

Lebat bunganya serta buahnya

Walaupun hidup seribu tahun

Kalau tak sembahyang apa gunanya

Walaupun hidup seribu tahun

Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari

Untuk belanja rumah sendiri

Supaya Allah menjadi sayang

Kami berkerja hatilah riang

Supaya Allah menjadi sayang

Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang

Sunat pun ada bukan sebarang

Hidup di kubur yatim piatu

Tinggallah seorang dipukul dipalu

Hidup di kubur yatim piatu

Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari

Barulah ia sedarkan diri

Hidup di dunia tiada bererti

Akhirat di sana sangatlah rugi

Hidup di dunia tiada bererti

Akhirat di sana sangatlah rugi

Sejak kecil saya mendengar lagu ini. Lirik yang sangat mudah difahami dan dihayati. Tapi ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah kan. Begitulah juga amalan solat kita seharian, tidak semestinya solat kita itu telah diterima 100% oleh-Nya. Pertambahkanlah keimanan dan ketakwaan kita kepada maha Pencipta. Moga amalan kita diterima dunia akhirat.

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu