5 bulan

Menjaga anak kedua, bagaikan cepat sahaja masa berlalu pergi. Diam tak diam, dah genap 5 bulan si Fiqah saya. Lagi 26 hari sahaja untuk mencapai target pertama PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF selama 6 bulan. Alhamdulillah, Fiqah masih fully bf. Stok susu pun mencukupi untuk bekalan hariannya. Saya hanya pam 2x di pejabat. Pukul 10.30 pagi dan 1.30 ptg. Masa tertakluk pada perubahan. Tapi saya cuba untuk pam pada waktu yang sama setiap hari agar signal yang diberikan pada otak adalah tepat bagi membolehkan susu keluar pada waktu tersebut. Begitulah teorinya, tetapi secara praktikal, hanya kita yang memilih untuk merealisasikannya. Stok frozen EBM Fiqah telah saya gunakan bagi bulan April. Jadi stok sekarang nampaknya tidak perlu disusun semula memandangkan saya guna tidak lebih 3 bulan. Bekalan harian Fiqah sebanyak 5 botol. 4 fresh EBM yang dipam ketika di ofis dan 1 stok frozen EBM. Selalunya Fiqah minum 4 botol di taska, jadi yang tak habis sebotol saya akan jadikan stok frozen. C...