Perubahan

Dua hari berturut-turut Cik Fiqah saya ini bangun pukul 3 pagi dan berjaga hingga ke jam 4.30 pagi. Fiqah tak menangis, duk main-main seorang, bila saya tengok, dia dah bergerak dari tempat asal saya letak dia. Lasak betul, walaupun dengan hanya mengerak-gerakkan kaki dan tangan boleh bertukar posisi. Sedar jer, dia dah kat bawah kaki saya. Patutlah cari kat sebelah tak jumpa. Secara automatiknya juga, sebagai ibu bila anak tak tidur kita pun tak boleh tidur nyenyak. Buat pertama kalinya saya overtime di keheningan pagi sebelum subuh. Masuk usia 6 bulan, Fiqah banyak melakukan perubahan yang agak ketara jika dibandingkan sewaktu awal-awal bulan kelahirannya dulu. Mungkin juga Fiqah sudah mula mengenali, memahami dan inginkan perhatian daripada orang yang dikenalinya dan tentunya dari insan paling rapat iaitu mamanya. Fiqah makin rajin bf setiap 2 jam sekali di waktu malam. Kalau dahulu, dia bf kenyang-kenyang sebelum tidur dan akan bangun di pagi hari. Satu perubahan yang...