17 April 2014

Berpantang 3rd baby

Berpantang adalah waktu yang agak membosankan oleh wanita kan! Walaupun diberi cuti lama, tak payah kerja, tak wajib solat, tak payah buat banyak kerja rumah tapi masuk minggu ketiga terasa juga boring nya. Cuma yang seronok, tak terikat dengan masa. Sepenuh masa di rumah bersama anak-anak. Boleh berehat-rehat, boleh tidur bila penat, boleh tengok tv, layan internet cuma yang kena jaga ialah kesihatan badan dan fikiran ketika berpantang. Dan lagi satu, jaga makan time pantang. Tak boleh makan sebarangan. Keluar rumah pun no-no-no..Tak digalakkan sebab bila dah keluar tu tentu nak pi shopping kan! Sabar lah sikit, tunggu 44 hari. Lepas tu nak pergi mana, pergilah..Pesanan untuk diri saya sendiri.
Alhamdulillah, saya dan Fitri makin sihat. Fitri dah memasuki 21 hari. Awal haritu kena sakit kuning. 4 kali berulang alik ambil darah. Masuk hari kelima pusat dia tanggal. Dan awal minggu kelahiran dia kena ruam pada dahi dan badan. Melepuh ada air dalam ruam tu. Saya tanya doktor, doktor cakap tak apa, tak perlu letak ubat. Cuma jangan sapu apa-apa dulu. Losyen ke, minyak zaitun ke. Biar kulit tu mengelupas dan elok sendiri. Minggu ini kulit Fitri dah hilang ruam. Nenek saya cakap, Fitri kene ‘inje’. Memang biasa budak kecik kena, Cuma saya tak ada pengalaman macamtu. Masuk anak nombor 3 baru kena. Tunggu kulit baru tumbuh dan kulit lama mengelupas, ruam tu akan hilang sendiri. Saya minta abang belikan mandian EUBOSS. Guna tu waktu Fitri mandi.
Berpantang kali ini abang yang jaga saya seminggu. Dia yang masak, siapkan air daun untuk saya mandi, tolong kemas rumah, tolong cuci baju, sidai baju. Pendek kata, semuanya terletak di bahu abang. Terima kasih abang…Masuk hari keenam mak mertua saya dan adik ipar datang. Tolong apa yang patut selama 5 hari. Masuk minggu kedua, berpantang sendiri sebab abang dah start kerja. Fiqah pula abang hantar ke taska. Sebab saya tak cukup larat nak jaga bila ada 3F kat rumah. Akak Fina tinggal dengan saya, bila saya cuti kerja, jawabnya dia pun start cuti sekolah 3 bulan. Lagipun siapalah nak hantar dia ke Putrajaya. Nasib baik  baru 5 tahun, so, tak apalah tertinggal belajar 3 bulan pun. Lepas ni belajar rajin-rajin ye Fina!
Saya tunggu dah habis pantang baru nak balik kampung. Time tu dah sihat. Stok susu pun belum buat lagi. Insyaallah, bila masuk awal bulan 5 saya start buat EBM. Ngam-ngam cukup 3 bulan masuk kerja, jadi stok tak expired. Fitri pun belum training minum susu dalam botol.  Bulan depan juga, sebab time tu mama dah start pam susu dan buat stok. Semua tunggu bulan depan, ngam-ngam Fitri usia sebulan.

2 comments:

  1. Slm kenal

    Bestnya dpt baby..any Slmt Berpantang.. :-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kak..mana baby fitri..nak tgk baby hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails