Next F

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri untuk keluarga kecil kami. Dan next F dinamakan oleh babanya :- NUR ANISAH FITRIAH BT. AZHAR. Hari ini baru genap 2 minggu usia Fitri. Maksud nama Fitri ialah penghibur semulajadi keluarga. Lebih kurang gitulah baba nya cakap.

Fitri lahir pada 27 Mac 2014 pada jam 7.06 pagi di KPMC Kajang. Fitri lahir seberat 2.8 kg sahaja. Anak saya dalam perut makin lama makin kecil kan. Tak apalah, biar sihat dan besar di luar perut. Awal seminggu daripada tarikh due. Dan tak sempat mama nya habiskan kerja untuk Khamis dan Jumaat sebelum start bercuti seperti yang dirancangkan pada 31 Mac. Fitri nak lahir awal dan tak sempat juga mama nya nak masuk keje lepas bulan Ramadan. Banyak betul perancangan mama tapi perancangan Allah itu lagi indah untuk temukan mama dengan Fitri pada waktu yang telah Dia tetapkan. Syukur.

Cerita bab bersalin pula :)

26 Mac 2014 (Rabu)
Saya kerja seperti biasa. Hari ini rasa perut memulas kecil. Macam senggugut. Kejap ok, kejap tak. Nasib baik baba hantarkan sebab ada meeting kat Putrajaya petang nya. Kebetulan hari Rabu ialah hari temujanji pemeriksaan kandungan di Klinik Desa Rinching. Balik tengahari, baba jemput. Pukul 2 lebih saya ke Klinik dengan Fina. Fiqah masih di taska. Checkup& menunggu lebih kurang 1 jam lebih. Saya bawa Fina shopping di The Store Semenyih. Bukan cari barang baby, nak cari buah-buah, biskut dan beberapa barang dapur. Baliknya ambil Fiqah, malam- masak dan rehat sahaja. Masa nak tidur perut memulas juga. Lebih kurang jam 12 malam, saya bangun. Tak tahu kenapa naluri saya mengatakan bahawa mungkin malam ini adalah masanya untuk saya bersalin. Siapkan baju Fina & Fiqah dalam beg, serta siapkan beg untuk isi bekalan makanan seperti biskut/minuman/kurma sebgai bekalan tenaga sebelum dan selepas bersalin nanti. Fina, Fiqah dan baba tengah lena tidur.

Usai kemas 2 beg tu, saya duduk di sofa. Air ketuban pecah. Banyak juga air yang turun. Basah lantai. Saya kejutkan abang. Seperti biasa, abang memang nampak sangat perasaan cemas nya. Mungkin dia takut saya bersalin di rumah. Hi2..Cepat-cepat dia suh saya siap. Saya pun buat lengah-lengah, malas nak pi hospital cepat sebab dah tau memang saya jenis yang lambat bersalin. So, saya cakap, takpe, perlahan-lahan. Saya bersihkan diri dahulu, tukar pakaian sementara abang uruskan anak-anak untuk masuk ke dalam kereta. Lebih kurang jam 2 pagi kami  bertolak ke KPMC Kajang. Ada sedikit kontraksi masa dalam kereta, tapi tak lah kerap sangat. Fiqah dah terjaga, dia duduk di pangkuan saya. Mungkin blur sebab baru  bangun tidur dan ada dalam kereta.

Perjalanan yang lancar di waktu pagi kerana orang tengah nyenyak tidur. Saya pula msj ahli keluarga, telefon ayah mohon doakan saya selamat bersalin. Rasa macam nak pergi menghadap Ilahi pula. Siapa kata bersalin itu mudah, ia ibarat perjuangan juga. Perjuangan untuk melahirkan khalifah Allah di muka bumi. Sebak juga di dalam hati. Nak sampai Kajang, Fina pula bangun. So, dua F dah bangun. Saya pi daftar dan terus dihantar ke labour room dengan menaiki kerusi roda.

bersambung.........

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu