Bersalin 3rd Baby

Part 2

27 Mac 2014 (Khamis)

Lepas daftar kat lobi, staff KPMC bawa saya ke tingkat 1. Ingatkan dapat bilik dulu, rupanya terus ke labor room. Abang, Fina dan Fiqah turun semula ke lobi. Bising budak 2 orang tu bermain berdua. Sampai tingkat 1 dengar suara mereka. Abang uruskan pasal bilik sementara saya memang dah kena tahan dalam labor room. Mungkin tiada pesakit lain agaknya. Sebab kalau macam Fiqah dulu, saya duk dalam bilik.

Tanpa tukar uniform, saya baring kat katil. Pengalaman bersalin yang dulu membuatkan saya lebih bersedia untuk bersalin. Pakai stokin siap-siap kerana bila nak bersalin badan saya jadi seram sejuk. Bawa air/kurma dan pil Salindah yang kena makan setiap 15 minit. CTG dipasang kat perut. Kontraksi datang kerap, bukaan baru 2 cm. Saya memang lemah bab bukaan ni. Sebab saya ni jenis yang lambat bukaan serviks. Kali ini tak tau berapa jam baru leh capai 10cm. Dalam hati macam-macam ayat Quran saya baca. Nurse tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya pun cakap nak jelah. Hakikatnya bila sakit bersalin tu datang, ubat tahan sakit pun tak rasa sebenarnya. Cuma kita akan rasa lebih mengantuk dan dengan itu akan merehatkan tenaga kita bila kita tertidur seketika. Saya lah yang rasa begitu, kalau orang lain saya tak tahu.

Abang masuk ke labor room beberapa kali menjenguk saya. Bila sakit kontraksi terasa, hanya Allah yang tahu rasanya. Dari jam 3 pagi  hingga ke jam 6 pagi, abang datang dan pergi sebab nak tengok anak-anak dalam bilik. Mujur F&F dah tidur dalam jam 5 pagi. So, abang boleh teman saya bila sampai masa bersalin 3rd baby. Entah kenapa, bila tengok muka abang, rasa bertambah sakit lagi. Ha2..Siap saya suh abang keluar dulu, saya cakap, kalau dah nak bersalin saya panggil. Dalam masa yang sama telah beberapa kali nurse check bukaan. Last telah terbuka dalam 6 cm. Punyalah lama rasa sakit. Kali ini Doktor Mimi yang bertugas. Tak ada rezeki lagi bersalin dengan  Doktor Anita. Apa yang saya ingat masa sakit kerap tu, saya cakap dengan abang – Mama dah tak tahan sangat sakit ni, kita suh doktor operate jer lah..Bayangkan betapa sakit sampai rasa nak belah je perut, biar baby keluar cepat.

Lebih kurang jam 7 pagi, saya minta abang panggil nurse. Masanya dah tiba. Doktor Mimi dan 2-3 orang nurse datang. Bila sakit kontraksi datang, saya teran sedaya upaya. Dalam 2-3 minit, Alhamdulillah, 3rd baby selamat dilahirkan. Baby girl, 2.8 kg..Makin lama makin kecil pula anak-anak saya dalam perut. Baby dibawa untuk dimandikan, sementara Doktor Mimi keluarkan uri, darah beku dan jahitan ep. Time ni memang tak rasa apa sebab rasa letih bersalin masih terasa. Selesai semua, baby dibawa ke saya untuk disusukan. Selain nikmat sakit bersalin  yang akan hilang secara tiba-tiba bila baby keluar, ini juga satu nikmat dari Allah untuk kaum Hawa. Nikmat menyusukan anak sendiri. Suatu nikmat yang tidak tergambar dengan kata-kata. Selamat datang wahai mujahid kecil Allah..Terimalah mama, baba, akak fina dan akak fiqah sebagai peneman mu di muka bumi Allah ini.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu