6 bulan


Alhamdulillah - minggu ini Fittriah genap 6 bulan. Ooooo...ini budak banyak mengada sejak dah dapat meniarap. Tak boleh kena tinggal langsung. Menangis kuat bila tak ambil dia. Mesti nak kena dukung atau pegang dia kecualilah dia boleh berguling-guling dengan mama, baru dia senyap. 

Update 6 bulan :
Pass lesen meniarap. Siap angkat dua belah tangan ke belakang macam nak terbang. Dah angkat-angkat buntut nak merangkak.
Fully bf. Insyaallah minggu ini nak kenalkan Fittri dengan solid food.
Pandai tergelak besar terutamanya bila kakak Fina layan dia.
Pandai dah mengigit.
Suka cubit mama.
Pandai main mainan yang diberi.
Kuat menangis sebab nak orang pegang dia.
Dah kenal orang terutamanya keluarga terdekat- mama, baba, kakak fina, kakak fiqah.

Perjalanan bf.
Stage 6 bulan pertama dapat dicapai. So, next target mama nak bf Fitti hingga Fitti usia 1 tahun. Setakat ini bekal EBM di taska sebanyak 5 botol sehari. Bila dah start makan nanti, mungkin Fittri kurang hisap susu. Jadual pam di ofis masih saya kekalkan sebanyak 3 sesi. Cuma weekend memang tak pam, bagi direct semasa cuti dan waktu lepas kerja. Stok EBM alhamdulillah masih mencukupi. Saya cuma rotate kan bekalan harian dengan stok yang sedia ada supaya stok frozen dapat digunakan sebelum sampai tarikh expired.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu