24 September 2014

Darjah 1


Fina tahun depan sudah masuk sekolah darjah 1. Mulanya ingat dia intake tahun 2016 sebab Fina lahir tahun 2009, jadi memang tak ambil kisah tentang pendaftaran online yang dibuka awal tahun haritu. Bila semak semula, rupanya kanak-kanak yang lahir bulan Januari - 1 hingga 15 Januari kena daftar sekolah darjah 1 untuk tahun sebelumnya. Jadi tak ikut usia. Dikira usia 7 tahun untuk tahun 2015. 
Nasib baik sempat daftar lagi. Insyaallah Fina akan bersekolah sama dengan sepupunya Kak Ya di Kajang. Excited dia nak pi sekolah. Hari-hari tanya bila kita nak pi sekolah baru ni mama. Sekarang pengambilan memang melalui sistem, bagi Selangor dan Putrajaya memang daftar online. Jadi kena alert ibu bapa yang ada anak usia 4-5-6. Dua tahun sebelum sekolah dah boleh daftar.

Mmmm...kenapa mama rasa Fina cepat besar ni. Macam tak percaya aje Fina nak sekolah rendah.


2 comments:

  1. Sekejap jerk Fina dah sekolah.
    Zulaikha pun cam tak caya je dah darjah 1 .. huhu

    ReplyDelete
  2. sekejap sgt masa berlalu kan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails