Fittri ~ HFMD


Budak mulut muncung ni baru sihat dari jangkitan virus HFMD - penyakit kaki tangan mulut. Minggu lepas Fittri demam. Teacher taska hantar gambar ada tumbuh bintik-bintik kat tangan dia. Seharian asyik menangis kat taska. Balik dari kerja terus bawa Fittri ke Klinik Dinamik. Doktor check, ada bintik-bintik kat kaki, tangan, lengan, dan juga beberapa ulser dalam mulut. Sah kena HFMD sebabnya kalau campak bintik-bintik merah tu melarat satu badan. Doktor cakap, kena pantau sahaja baby sebab virus ini tak ada ubat khusus. Yang penting baby mahu menyusu sebab usia baby yang masih kecil. Kalau dia refuse menyusu, baru kena refer hospital sebab takut kurang air dalam badan. Dalam hati, risau juga. Tapi lega sebab Fittri nak menyusu direct. Cuma di taska dia tak selesa sebab kena guna botol susu untuk minum. Mungkin pedih mulut kena puting susu. Dan boleh berjangkit dengan kanak-kanak lain. Fiqah ~ nasib baik tak kena sebab dia suka cium & pegang Fittri kat rumah. Lega!

Esoknya ke Klinik Kesihatan Beranang.  Bawa kakak Fina teman. Minta doktor surat pengesahan untuk mohon cuti kuarantin kat ofis. Alhamdulillah, dalam 3 hari Fittri dah sembuh. Cepat sungguh dia pulih. Dua hari merengek sahaja nak berkepit dengan saya 24 jam. Ini hadiah untuk mama sempena birthday yg ke 32 tahun ~ jaga Fittri kena HFMD. Syukur, tak terhitung nikmat Allah dengan usia yang diberikan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..