Fiqah 3 Tahun

Kek Birthday Fiqah

Alhamdulillah, puteri kedua kami telah genap berusia 3 tahun pada 25 Disember 2014. Fiqah seorang yang mudah untuk dijaga dari sejak awal kelahirannya. Tidak banyak ragam, tidak pandai meminta mengikut kehendaknya seperti permainan atau apa sahaja. Seorang yang lembut bila bercakap. Pandai berdikari. Cepat belajar bercakap tapi masih pakai pampers lagi. Potty training mama tak sempat nak ajar sebab baru sehari mama ajar, dia dah keluarkan poo poo tepi kepala mama masa mama baring. Masa akak Fina dulu, potty training masa saya dalam pantang. Jadi ada banyak masa untuk Fina belajar sendiri.

Potong kek LOVE

Sepatutnya kalau ikut tahun, tahun depan Fiqah boleh bersekolah di Taska di usianya memasuki 4 tahun. Namun saya rasa Fiqah masih kecil untuk bersekolah. Jadi saya rancang untuk Fiqah sekolah pada 2016 ketika usianya memasuki 5 tahun.


Doa mama dan baba, semoga Fiqah membesar dengan sihat. Dikurniakan kecerdikan akal fikiran. Dilindungi oleh Allah SWT. Menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup. Mama, baba, akak Fina, baby Fittriah sayangkan Fiqah!


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu