Hobi

Minggu lepas dah kurang menangis dan pandai main sorang-sorang. Minggu ini start Isnin menangis bila nampak saya bangun ;( Nak mama dia terbaring jer tengok dia main-main. Kat Taska pun sama. Nak teacher layan dia. Pagi-pagi bila nampak mama dah siap pakai baju kerja, mula tarik-tarik baju mama suruh dukung dia. Bila bagi ke baba, menangis nak ikut mama. Fittriah - memang perangai lain daripada yang lain antara tiga adik beradik ini. Keluar daripada perut yang sama, perangai belum tentu sama kan.
 
Fittriah dah pandai tepuk tangan bila mama nyanyikan lagu Tepuk Amai-Amai..Bila tengok akak Fina dan akak Fiqah main, dia pun nak join sekali. Bulan ini Fittriah memasuki usia 9 bulan. Baru belajar berdiri sendiri. Dan menangis adalah salah satu hobi dia sehingga kini. Bukannya menangis 24 jam sehari, menangis tak nak berpisah dan berkepit dengan mama. Alahai anak..Nanti dah besar baru tau perangai awak zaman baby macamana. Mama pasti rindukan suara tangisan awak bila awak dah belajar erti sebenar sebuah tangisan.




Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..