Solid Food Fittriah

Alhamdulillah, Fittriah telah memasuki usia 8 bulan lebih. Dah pandai makan dan tak boleh tengok orang lain makan, dia terkulat-kulat nak juga. Setakat ini berikut makanan pejal yang saya pernah buat dan beri Fittriah makan. Berdasarkan percubaan try&error kajian sebelum ini, senarai ini yang terpakai untuk tahap pembelajaran Fittriah tentang makanan baby :
  • Puri Epal ~ Sangat suka
  • Puri Pisang ~ Sangat suka
  • Puri Mangga ~ Suka
  • Puri Betik ~ Suka
  • Puri Pir ~ Suka
  • Puri Keledek merah ~ Suka
  • Puri Kentang ~ Sederhana suka
  • Puri Kentang + Carrot ~ Kurang suka
  • Puri Pir + Mangga ~ Sangat suka
  • Bubur nasi + Carrot + Kentang ~ Kurang suka
  • Bubur nasi kosong ~ Kurang suka
  • Nestum perisa Madu ~ Suka
  • Roti putih + Kurma ~ Tak suka
Itu antara solid food Fittriah yang pernah saya cuba. Tak tau kenapa, Fittriah kurang gemar bubur yang saya masak. Mungkin kerana saya tak letak sebarang perasa, ikan bilis atau ayam belum cuba lagi. Kalau suapkan nasi yang campur dengan ikan atau kuah masa saya makan, dia nak pula. Rasanya, bubur nasi tak memenuhi citarasa Fittriah. Bila kat taska dia nak makan bubur. Tak apa, lain kali mama cuba resepi bubur baru ya. Bagi sedap. Rasanya Fittriah nak makan benda-benda yang ada rasa terutamanya puri buah. Rasa manis buah buat dia suka nak makan.


Setakat ini Fittriah masih fully bf. Selalunya saya bekalkan 4 botol EBM yang mengandungi 3oz susu dan juga satu bekas puri bila Fittriah ke taska. Bubur, saya tak sediakan sebab kat taska ada buat bubur untuk baby.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu