Langit Langi Hotel Port Dickson

Kesempatan cuti hujung minggu saya dan abang plan bawa anak ke Port Dickson. Sejak kawin, ini kali pertama pergi ke Port Dickson bersama keluarga. Sebelumnya zaman muda-muda masa jadi budak poli, memang satu Port Dickson dah pergi. Yang tak pernah pergi ialah Muzium Tentera..Masa remaja, manalah ada agenda pergi melawat Muzium dengan kawan-kawan kan. Baik shopping kat Seremban ataupun paling dekat pergi Billion & The Store Port Dickson. Lorr..pejam celik, dah bertahun-tahun tua rupanya.

Saya tempah hotel menggunakan Booking.com. Ada satu hotel baru di Port Dickson dan review pelanggan-pelanggannya pun agak ok. Yang penting ada swimming pool untuk 3F berenang. Harga pun berpatutan ikut jenis bilik yang kita nak dan yang menarik harga termasuk sekali dengan sarapan pagi. Jadi, tak perlu risau untuk keluar cari sarapan. Terletak di Jalan Pantai, lokasi hotel yang berada di tepi jalan besar, amat mudah untuk dijumpai. Hotel di area end lot kedai-kedai .Tak lah luas sangat kawasannya, tak seperti kawasan hotel-hotel yang besar. Kemudahan wifi disediakan. Hotel pun masih baru, jadi perabut masih dalam keadaan baik. So far, saya rasa puas hati dengan kemudahan hotel. Sesuailah dengan bajet dan saiz keluarga kecil kami. Lagipun nak bawa anak-anak berjalan di tepi pantai dan mandi swimming pool. Bukan nak tidur dalam hotel seharian.

Kawasan lobi Hotel. Tepi lobi ada swimming pool.
Fina dan Fiqah, sampai sahaja hotel sibuk nak mandi kolam! Kat sini ada kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Jadi senang nak jaga anak-anak kecil yang nak berendam. Fittri pun, suka sangat dapat main air. Petang, bawa Fina&Fiqah main pasir tepi pantai. Fittri tidur pula. Mula-mula main pasir, lama-lama terus masuk dalam laut budak 2 orang tu, mandi laut. Tak lama kat pantai, sebab hujan turun petang tersebut. Malamnya kami makan di restoran bersebelahan pantai Teluk Kemang. Masakannya pun sedap. Tak ingat pula nama apa.

3F pergi PD
Keesokannya, check out dan dalam perjalanan balik singgah ke Muzium Lukut. Abang kan suka pergi Muzium. Pada awalnya kami rancang nak pergi Muzium Tentera, tapi Muzium tu tutup hari Isnin dan Selasa kalau tak silap. Jadi singgah Muzium Lukut untuk tengok sejarah Kota Lukut.

Percutian ringkas keluarga kami di hujung tahun. Tahun depan kena cuti-cuti Malaysia time cuti sekolah sebab akak Fina dah masuk darjah satu. Insyaallah, ada plan berikutnya nak bercuti tahun baru sempena birthday Fina dan Fiqah.

Comments

  1. sebijik muka 3 beradik ni az :) x sangka fina dah nak msk darjah 1. pdhal sama tahun ngan khalis.

    ReplyDelete
  2. ye lah cik ima.macam tak percaya kan.stress mama dia bila Fina nak sekolah.Khalis tu pandai jaga adik2 tak..ha2. abang long tu..dah besar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..