Posts

Ramadhan 2013

Sedar tak sedar telah menghampiri 7 Ramadhan. Begitu pantasnya masa berlalu. Ada yang diberi peluang untuk meneruskan Ramadhan tahun ini, dan tidak kurang juga ada yang telah dipanggil menyahut Pencipta sebelum pun sempat melangkah ke bulan yang mulia. Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang tahun ini. Moga Ramadhan kali ini menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap-Nya.   Saya meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma waktu bulan puasa, saya menukar waktu kerja. Masuk awal, 7.30 pagi, jadi boleh balik awal 4.30 petang untuk elakkan kesesakan lalulintas. Dan tentunya seperti target setiap Ramadhan, saya ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga saya. Alhamdulillah, setakat 7  hari ini, saya berjaya memasak menggunakan air tangan sendiri. Dan kemeriahan berbuka puasa, ditambah dengan anggota kecil keluarga kami - Fina dan Fiqah. Start semalam kami berbuka puasa, bentang tikar di bawah. Susah na...

Fiqah 1 Tahun 6 Bulan

Image
Fiqah dah 1 tahun 6 bulan ++.   Banyak yang dia dah pandai buat sekarang :   Pandai nak ikut baba bila tengok baba keluar dari pintu rumah. Buat-buat nangis. Suka ckp "akit"(sakit), tunjuk kat kaki, kat tangan. Bila cakap "cantiknya baju Fiqah", suka sangat dia, sambil goyang-goyangkan badan. Bila tanya "siapa buat baby?", dia tunjuk kat baba atau akak Fina. Nak ikut akak Fina main basikal kat luar. Tapi bila naik basikal, tak bergerak pun dia atas basikal tu. Boleh faham arahan ringkas - masuk baju kotor dalam bakul, hantar botol susu ke sinki, suruh cuci tangan. Bab ini akak Fina memanglah suka, dia yang arahkan adik dia ambil itu ini.   Dah reject EBM saya, hanya minum air susu kotak/milo/nutrigen/vitagen. Kes Fiqah sama dengan Fina dahulu. Dia hanya nak minum susu ibu direct dengan saya di rumah. Kalau di taska, kuat makan, tapi tak nak susu yang saya pam. Dengan itu, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya tela...

Adik & Kakak

Image

Report Card

Image
Alahai, berbulan n3 tertangguh. Berikutan Fina yang telah bersekolah di Taska Nasyrah tahun ini, Fina dah duduki EXAM dia yang pertama. Mama nak kongsikan result exam Fina yang pertama biar bila Fina besar, Fina akan tahu kenangan exam di usia seawal 4 tahun! Keputusan yang sederhana, tetapi cukup bermakna buat mama. Baba cakap, untuk usia Fina tak apa dia dapat result macamana pun. Kita masa kecil dulu pun sekolah masa usia 6 tahun. Ada tu yang terus masuk darjah 1. Tak masuk tadika pun. Yang penting pendedahan dia dengan ilmu, dengan kawan-kawan dan persekitaran yang boleh mengembangkan daya pemikiran kanak-kanak. Dapat nombor 10 dari 16 orang dalam kelas. Bahasa Malaysia yang paling rendah. Jawi paling tinggi. Fina suka sangat mewarna. Kat rumah dia rajin mewarna. Hafalan doa-doa yang teacher ajar, alhamdulillah, Fina boleh baca. Lagu lagilah cepat hafal. So mama belanja naik motor free depan Giant sebab Fina dah habis exam! ...

Baking Projek

Image
Antara hasil tangan saya sekitar bulan lepas. Tak sempat nak update projek. Ini menu untuk jamuan makan-makan sempena Majlis perpisahan seorang member ofis tempoh hari. Percubaan pertama menyediakan peach cheese cake. Agak remeh tapi hasilnya tidak menghampakan. Apa yang saya suka cheese cake ini kita tak perlu bakar atas kukus. Cuma langkah agak banyak daripada buat kek biasa. Tapi seronok mencuba, lebih-lebih lagi bila kita buat apa yang kita minat nak buat. Tentulah memberikan kegembiraan dan kepuasan bila lihat hasilnya. Saya share resepi yang saya dapat daripada blog Kwan. Chilled Peach Cheese Cakes Sumber: Resepicitarasawan Bahan Base 250gm digestive biskut - akak guna biskut oreo 100gm mentega cair Adunan Krim Keju 250gm krim keju 90gm gula kastor 1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu 100ml sirap peach 1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur) 50ml air 1 sudu besar jus lemon 200ml anchor whip cream Cara-ca...

F&F

Image
Fina :) Sudah 4 tahun 4 bulan. Sudah boleh baca doa seperti yang diajar oleh Teacher di taska. Sudah boleh memberi respond ketika ditanyakan soalan. Sudah boleh diajak berbual. Masih manja dan mudah merajuk. Suka menguji kesabaran mama dan baba. Suka mewarna. Suka membaca iqra'. Pandai dah jelous dengan adik. Kuat makan, kuat melawa, kuat make-up.   Fiqah :) Sudah 1 tahun 3 bulan. Sudah banyak gigi. Sudah faham apa mama cakap. Suka makan keropok. Cakap ma (mama), ba(baba), na (nak), daa (cinda-kucing). Bila cakap dah habis- dia goyangkan tangan isyarat dah habis. Suruh pegi mandi, nak buka baju letak dalam bakul. Suruh sayang, diciumnya pipi mama sambil sebut muaah.   Dua puteri yang menceriakan hari-hari saya. Bila kita hendak marah, atau tertekan, cuba kita tengok orang lain seperti cara kita  lihat kanak-kanak atau bayi. Mesti kita rasa suka dan sayangkan mereka kerana kita melihat mereka tanpa rasa hasad, tanpa rasa dos...

DIY Aiskrim

Image
Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat . Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri .   Aiskrim strawberry yang sudah siap **Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar .   Satu untuk akak Fina Satu untuk baby Fiqah F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm   Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim...