Posts

Susu

Fiqah dah masuk 1 tahun 8 bulan. Target untuk fully bf Fiqah masih diteruskan. Cumanya dah tak dinamakan fully bf lah sebab waktu siang Fiqah minum susu formula. Bila saya dah balik kerja ataupun cuti hujung minggu, Fiqah direct bf. Cerita bab susu formula, Fiqah tak nak jenis perisa asli. Dia minum yang perasa coklat sahaja. Selepas dia reject EBM saya 2 bulan yang lalu, saya beli susu perisa asli, itupun suruh teachernya campur dengan vico, baru dia nak minum. Kalau tak, dia tak nak minum. Selainnya saya bekalkan dia dgn air kotak, vitagen, nutrigen. Cuma sekarang bila dia dah boleh minum susu formula, saya tak bekalkan air-air sampingan tu.   Fiqah sejak-sejak sebelum raya dia bila nak bf dia nyanyi - HE" HE" HE"HE". Ada irama dia. Lembut je minta. Fiqah malam bf dalam 3 kali. Tapi sekejap je lah. Bila saya dah cakap, 'sudah', dia terus lepas dan tidur semula. Makan memang dia minat, semua dia nak cuba makan. Latest dia suka maka...

Cerita Raya 2013

Salam Syawal. Lor, baru jer seronok cuti lama-lama tak payah keja , dah sampai ke pertengahan Syawal. Raya tahun ini kegilaan mengambil gambar sudah berkurangan. Hingga gambar di Hari Raya Pertama keluarga, tunggu ihsan makngah untuk emelkan gambar tu. Ada dalam kamera makngah jer. Jadi n3 kali ini tiada gambar dilampirkan .Tahun ini kami bertema rona jingga. Seperti kebiasaan, pagi-pagi yang lelaki ke Masjid untuk solat Aidilfitri, yang wanita menyiapkan keperluan anak-anak di pagi Syawal. Usai makan pagi, kami sekeluarga bersalam-salaman. Tahun ini cukup korum kami empat beradik -along-kakngah-saya-yana. Tahun depan, raya berduaan lah umi dengan ayah di kampung jika dah turn semua di tempat lain. Menu : Rendang ayam pencen Lemang Kari Kambing Nasi Impit Kuah Kacang Lepas settle bersalam-salaman, kami pulang ke kampung ayah dan arwah mak di Selandar. Raya belah sana pula. Tempat pertama : ke rumah nenek Sarah, kemudian, ke rumah Maklang Ina, next ruma...

Ramadhan

Masuk ke hari-hari terakhir Ramadhan. Sudah 23 Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Macam lagu Raihan dan Mambai .......                 Masa yang pantas berlalu                 Hingga tak terasa ku berada                 Di bulan Ramadhan semula Rupanya sudah di penghujung. Alahai, sebak pula di hati. Minggu lepas kami sekeluarga balik berbuka puasa di belah mertua saya di Setiu Terengganu. Balik 4 hari. Sepatutnya kami balik awal Ramadhan, tapi kesibukan masing-masing terutamanya baba F&F membuatkan kami mengubah perancangan balik ke pertengahan Ramadhan. Alhamdulillah, sempat berbuka puasa dengan keluarga belah suami. Dan tahun ini turn berhari raya di Negeri Sembilan saya suka!. Sudah ada jemputan  perjumpaan kawan-kawan sekolah yang berb...

Exam

Image
Sebelum al-kisah akak Fina tidak direkodkan, sebelum mamanya makin mengurangkan aktiviti mengemaskini n3 blog, eloklah saya mengambil sedikit masa untuk update cerita result exam Fina. Dah lama dapat result, lebih kurang 2 bulan. Mula-mula dia nampak patung pengantin di pasar malam. Dia nak sangat patung tu, saya cakap, kalau Fina nak, kena masa periksa kat sekolah dapat nombor 1. Sebab sebelum ini dia nombor 10, jadi saya tak kisah dia dapat ke tak. Alhamdulillah, bila dapat result, dia dapat nombor 2. Terkejut mama dia..hi2..Macamtulah anak-anak, bila dapat keputusan baik, kita pun tumpang gembira. Tahniah Fina. Walaupun Fina dapat nombor apa pun, mama tetap sayangkan Fina. Fina kat rumah rajin mewarna. Tapi hobi yang masih dikekalkan ialah tengok kartun lawan-lawan. Terutamanya Power Rangers. Berulang-ulang VCD tu dia tengok. Dah 4 tahun 8 bulan Fina. Makin besar anak mama. Macam-macam ragam, macam-macam kerenah, begitu menguji kesabaran kami baba dan mamanya, tapi itula...

Ramadhan 2013

Sedar tak sedar telah menghampiri 7 Ramadhan. Begitu pantasnya masa berlalu. Ada yang diberi peluang untuk meneruskan Ramadhan tahun ini, dan tidak kurang juga ada yang telah dipanggil menyahut Pencipta sebelum pun sempat melangkah ke bulan yang mulia. Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang tahun ini. Moga Ramadhan kali ini menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap-Nya.   Saya meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma waktu bulan puasa, saya menukar waktu kerja. Masuk awal, 7.30 pagi, jadi boleh balik awal 4.30 petang untuk elakkan kesesakan lalulintas. Dan tentunya seperti target setiap Ramadhan, saya ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga saya. Alhamdulillah, setakat 7  hari ini, saya berjaya memasak menggunakan air tangan sendiri. Dan kemeriahan berbuka puasa, ditambah dengan anggota kecil keluarga kami - Fina dan Fiqah. Start semalam kami berbuka puasa, bentang tikar di bawah. Susah na...

Fiqah 1 Tahun 6 Bulan

Image
Fiqah dah 1 tahun 6 bulan ++.   Banyak yang dia dah pandai buat sekarang :   Pandai nak ikut baba bila tengok baba keluar dari pintu rumah. Buat-buat nangis. Suka ckp "akit"(sakit), tunjuk kat kaki, kat tangan. Bila cakap "cantiknya baju Fiqah", suka sangat dia, sambil goyang-goyangkan badan. Bila tanya "siapa buat baby?", dia tunjuk kat baba atau akak Fina. Nak ikut akak Fina main basikal kat luar. Tapi bila naik basikal, tak bergerak pun dia atas basikal tu. Boleh faham arahan ringkas - masuk baju kotor dalam bakul, hantar botol susu ke sinki, suruh cuci tangan. Bab ini akak Fina memanglah suka, dia yang arahkan adik dia ambil itu ini.   Dah reject EBM saya, hanya minum air susu kotak/milo/nutrigen/vitagen. Kes Fiqah sama dengan Fina dahulu. Dia hanya nak minum susu ibu direct dengan saya di rumah. Kalau di taska, kuat makan, tapi tak nak susu yang saya pam. Dengan itu, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya tela...

Adik & Kakak

Image