Ibu mertua ku

Sabtu lepas mak mertua saya datang ke rumah. Jumaat sebelumnya, mak hantar adik ipar saya lapor diri di Jab Laut Port Klang. Minggu itu, abang ada program kursus di ILIM. So, tinggal saya dengan Fina je di rumah. Lepas siap-siap kerja rumah, saya jemput mak di rumah abang ipar di Penjara Kajang. Baliknya, singgah ke Tesco Semenyih. Bawa mak bershopping. Biras saya, Mak Uda Fina pun ikut sekali. Fina dan nenek. Nenek lah yang jaga Fina masa Fina baru lahir dulu tau:) Petangnya pula, akak ipar dan adik ipar dari Setapak datang untuk jemput mak. Mak mertua saya, kalau datang dari kampung memang akan pergi ke rumah anak-anaknya di sekitar Kajang dan KL. Kalau datang lama sikit, tidur satu - dua malam di rumah anak-anaknya. Yelah, anak ramai, so tak perlu risau tentang pengangkutan dan penginapan. Bisa diatur:) Akak ipar-Kak Tie , adik ipar-Fida, haziq dan Fina Mak balik semula ke kampung pada hari Ahadnya. Apa yang saya suka tentang mak mertua saya, ialah layanannya yang sama rata terhadap...