04 March 2011

Sleeping beauty

Minggu lepas, setelah keletihan mengemas rumah, saya tertidur di sofa.
Rumah sunyi sepi. Cari-cari Fina tengok-tengok dah tertidur dalam bilik. Siap tidur atas bantal lagi. Baju-baju keliling dia tu, nak dilipatnya. Rajin sangat, mama dah lipat, dia nak lipat pula semula. Tapi belum habis buat kerja, dah culas tidur ye!!!

Selalu terasa mengalirnya perasaan kasih sayang dan menyesal kalau 'termarah' kat anak bila tengok wajah tenang anak sewaktu tidur. Dapat-dapat lagi bila kucup pipinya yang gebu itu, bagai hilang segala kemarahan. Marah ibu tandanya sayang kan :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails