Cuba-cuba

Saya seorang yang agak 'malas' untuk mengamalkan minuman/vitamin tambahan. Bukannya apa, selalunya pengambilan tersebut seharusnya diamalkan secara berterusan. Kalau setakat cuba kejap-kejap, memang tidak nampak keberkesanannya. Sejak memasuki usia penghujung 20 an ini, saya tergerak hati untuk mengambil minuman kesihatan.
Saya memilih untuk mencuba CocoaCollagen. Antara kelebihannya terdapat di blog ini. Sesuai untuk wanita yang berumah tangga dan ingin kelihatan cantik, bertenaga dan banyak lagi khasiat yang lain. Harganya pun berpatutan. Saya beli terus di pasar tani Putrajaya - rm50 untuk 3 kotak. Bekalan untuk sebulan. 1 kotak mengandungi 10 paket. Baru cuba dari hari Sabtu lepas. Setakat ini terasa juga perubahannya. Cuma kalau serasi, saya nak jadikan sebagai amalan. Penjagaan dalaman dan luaran sebagai wanita. Penting juga kan, cuma rajin atau malas sahaja masalahnya.

Tentang produk penjagaan wajah pula, saya telah menggunakan sabun Eumora. Setakat ini, saya telah menggunakan 3 bar sabun tersebut. Lebih kurang 9 bulan lamanya. Satu bar, saya guna tahan 3 bulan. Beli secara online dan telah dapat dari dealer tetap dari blog ini.
Kalau survey penjualan produk secara online ini, memang terdapat harga-harga yang berlainan. Ada yang mahal, ada yang murah. Saya dapatkan sabun ini dengan harga RM60 - 1 bar. Kalau pada awal-awal beli dahulu, dekat RM95 satu bar. Kalau produk tersebut original dan tidak diragui, seharusnya kita memilih dengan harga yang paling jimat.

Kulit wajah saya serasi dengan penggunaan sabun eumora ini. Nak kata kulit kelihatan 'licin sangat', tidaklah. Cuma masalah jerawat saya sebelum ini, sudah berkurangan dan muka kurang berminyak. Ikut kesesuaian pada diri masing-masing. Ada yang sesuai, ada yang tidak. Pada saya, sekiranya kita telah mendapat produk yang sesuai, lagi mudah untuk kita terus konsisten penggunaannya daripada asyik bertukar-tukar produk.



Ok, cerita 'cuba-cuba' seterusnya. Kita tinggalkan produk penjagaan wanita dan beralih kepada kisah makan. Buat pertama kalinya saya mencuba Oblong Burger. Agak lama nak beli, tapi baru minggu lepas berpeluang mencubanya. Sedap. Rasanya seperti prosperity McD. Tapi lagi sedap dari burger McD tuh. Makan satu, memang kenyang. Ada daging ayam dan lembu. Disaluti dengan sos lada hitam. Taklah pedas sangat. Bagi saya, amat sesuai dengan tekak saya. Harganya pun berpatutan. Kalau di Semenyih, Rm3.70 satu. Kalau asyik makan burger biasa, saya syorkan untuk cuba Oblong burger ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu