31 March 2011

Ibu mertua ku

Sabtu lepas mak mertua saya datang ke rumah. Jumaat sebelumnya, mak hantar adik ipar saya lapor diri di Jab Laut Port Klang. Minggu itu, abang ada program kursus di ILIM. So, tinggal saya dengan Fina je di rumah. Lepas siap-siap kerja rumah, saya jemput mak di rumah abang ipar di Penjara Kajang.


Baliknya, singgah ke Tesco Semenyih. Bawa mak bershopping. Biras saya, Mak Uda Fina pun ikut sekali.


Fina dan nenek. Nenek lah yang jaga Fina masa Fina baru lahir dulu tau:)



Petangnya pula, akak ipar dan adik ipar dari Setapak datang untuk jemput mak. Mak mertua saya, kalau datang dari kampung memang akan pergi ke rumah anak-anaknya di sekitar Kajang dan KL. Kalau datang lama sikit, tidur satu - dua malam di rumah anak-anaknya. Yelah, anak ramai, so tak perlu risau tentang pengangkutan dan penginapan. Bisa diatur:)


Akak ipar-Kak Tie , adik ipar-Fida, haziq dan Fina


Mak balik semula ke kampung pada hari Ahadnya. Apa yang saya suka tentang mak mertua saya, ialah layanannya yang sama rata terhadap anak-anaknya yang seramai 13 orang dan juga menantu-menantunya. Mak juga mengingati setiap nama cucu-cucunya yang seramai 20 lebih orang (tak ingat jumlah sebenar). Setiap pemberian daripada anak dan menantunya akan dipakai dan digunakan sebagai tanda menghargai pemberian itu. Setelah 4 tahun saya berumah tangga dan mengenali mak, saya amat menyanyangi mak mertua saya bagaikan ibu saya sendiri. Moga mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan kesejahteraan. Moga impian mak untuk mengerjakan Haji tahun ini diizinkan oleh-Nya.

3 comments:

  1. "ahli muzik?
    memang pantang nenek moyang aku ahli muzik"
    tu mak mentuo sapo tu dik?hahahah!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dpt mak mertua yg baik.. mak mertua pun mcm mak kita juga kan.. bagaimana kita sayangkan anaknya, begitu jugalah kita kena sayangkan maknya..

    ReplyDelete
  3. kaklong: itu mak mertuo s.jebenglah..ha2
    hanis : salam kenal. begitulah hendaknya. syg menyanyang:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails