Menu

Agak lama tak cerita bab menu makanan dari air tangan mama ni. Selalunya, tunggu bulan puasa, baru nak update cerita menu-menu terbaru. Kali ini saya sediakan 2 menu untuk cuti Sabtu dan Ahad yang lepas.


Fruits Salad
Bahan-bahannya:

Buah epal, pear, tembikai, jambu batu (ataupun apa sahaja buah yang sesuai)
Buah oren
Krimer Cofeemate
Garam
Secubit kopi/nescafe (jika suka)

Cara-caranya:
Kupas buangkan kulit buah.
Rendam sebentar dengan air garam.
Potong dadu.
Buah oren kupaskan kulit dan potong 2.
Campurkan kesemua buah-buahan tersebut.
Letakkan krimer cofeemate (ikut suka)
Secubit garam dan serbuk kopi jika suka.
Gaul semua hingga rata.
Kalau nak sedap, masukkan dalam peti ais.


Masak gulai 'corong'
Bahan-bahannya:

Tulang lembu
Cili api
Kunyit hidup

Asam keping
Serai
Santan
Garam secukup rasa.


Cara-caranya:
Tumbuk cili api dan kunyit.
Satukan dengan tulang lembu.
Masukkan serai dan asam keping.
Masak sehingga daging sedikit empuk.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan daging empuk.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..