Konvo Fina

Sabtu lepas telah berlangsung Konvokesyen Fina di Auditorium JPA Putrajaya. Disebabkan Fina dah start darjah 1 tahun hadapan, jadi Fina konvo sekali dengan kawan-kawan yang masuk kelas 6 tahun. Sedih pula bila tengok persembahan video kenangan Fina dengan Teacher dan kawan-kawannya di Taska Nasyrah. Macam tak percaya Fina telah hampir mengakhiri zaman taskanya. Fina masuk Taska Nasyrah sejak usianya 2 tahun lagi.

Selesai konvo, ada acara persembahan dari wakil Nasyrah di Bangi, KPDNKK, SPA dan JPN. Fina buat persembahan tarian - lagu Nirmala.

Fina semasa persembahan tarian.
Possing selepas habis konvo
Possing dengan Fiqah dan Fittriah
Berakhirnya sesi persekolahan Fina selama 4 tahun di Taska Nasyrah Jabatan Peguam Negara. Moga kenangan di zaman kecil ini menjadi kenangan terindah Fina sepanjang hayatnya. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah mendidik Fina. Hanya Allah yang mampu membalas jasa Teacher-teacher.

Comments

  1. Wah best kan anak konvo. Mesti seronok

    ReplyDelete
  2. seronok & happy tengok keletah anak2 kecil atas pentas tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu