Sabar

3 puteri saya semakin membesar. Setiap hari ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menghiburkan hati serta yang menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu. Tidak dinafikan, menjaga anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakala rasa terguris hati dan menyesal bila marahkan anak-anak. Saya selalu berkata dalam diri, masa kecil dahulu saya juga begitu. Selalu juga saya katakan dalam diri, berapa jam sahaja masa yang perlu saya peruntukkan setiap hari pada waktu bekerja untuk anak-anak saya. Balik kerja jumpa mereka jam 6 petang. Lebih kurang jam 10 malam semuanya dah tidur. 4 jam sehari waktu yang berkualiti dengan mereka pada Isnin hingga Jumaat.

Hakikatnya, 4 jam yang ada tersebut dilalui dengan pelbagai ragam mereka. Ada masa mereka bergaduh, ada yang tumpahkan air, makan bersepah, buang air besar, terkucil, menangis,gelak  ketawa, main kejar-kejar, sepahkan mainan dan macam-macam lagi.


Seharian Fina bersekolah manakala Fiqah dan Fittriah di taska, tentulah mereka tidak buat perangai dengan orang lain. Bila jumpa mama dan baba, itulah diri mereka yang sebenar. Mahukan perhatian dan tentunya kasih sayang kami. Bila nak tidur malam, semua berkepit dengan saya. Ada masa terdetik dalam diri bahawa bila dah mempunyai anak, saya tiada life masa untuk diri sendiri. Nak belek muka kat cermin pagi-pagi bila pakai tudung sebelum pergi kerja pun tak sempat. Untuk solat pun, Fittriah selalu berdiri di hadapan sejadah saya menunggu saya duduk di rakaat terakhir dan dia akan duduk di riba saya selepas saya sudah beri salam. Bangun sahaja tidur, setiap tugasan telah diatur dan dilakukan satu persatu. Sebelum masuk tidur pun sama juga. Pendek kata celik sahaja mata, banyak tugasan menanti. Sungguh, adakala penat terasa.  Saya pernah luahkan tiada masa untuk diri sendiri pada abang, tapi abang cakap, itulah life yang sebenar. Dipenuhi dengan ragam anak yang pelbagai. Betapa bersyukurnya saya dikurniakan dengan 3 orang anak;)


Ibu boleh lakukan banyak tugasan dalam satu masa. Begitu istimewanya ibu di sisi agama dan ditinggikan darjatnya oleh Allah. Sebab itu saya sering muhasabah diri agar menjadi seorang ibu yang sabar. Nilai masa yang berlalu pergi itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jadi biarlah ia diisi dengan perkara yang baik-baik sahaja. 


Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu