Tamat Darjah 1

Hari ini saya ke sekolah Fina untuk berjumpa guru kelas dan mengambil keputusan peperiksaan Fina untuk akhir tahun. Rasanya baru sahaja saya datang hantar Fina untuk daftar darjah 1, dah hampir setahun berlalu dan sesi persekolahan untuk tahun 2015 telah sampai ke penghujungnya. Cepatnya anak membesar!

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina telah meningkat peratusnya. Fina dapat nombor 13 dalam kelas. Semua abjad ada dalam keputusan dia - ABCDE. Ada yang lulus, ada yang tidak. Saya difahamkan oleh Cikgu kelas Fina, sekiranya 1 subjek gagal pelajar akan gagal keseluruhan peperiksaan. Bukan untuk 4 subjek teras sahaja. Maknanya, semua subjek pelajar harus lulus. Untuk darjah 2 tahun hadapan, Fina akan berpindah kelas yang lebih baik. 

Fina telah pandai membaca dengan lancar. Itu perkembangan yang paling ketara setelah dia tamat darjah 1. Mengaji saya ajar Fina di rumah selepas waktu Maghrib, dah nak masuk Iqra' 3. Masih belum fasih mengaji, perlu diulang-ulang baru dia tak tertukar sebutan.
 


Terima kasih cikgu-cikgu yang telah mengajar Fina. Hanya Allah yang mampu membalas jasa cikgu. Anak-anak itu penghuni syurga, bertuahlah kita bertemu dengan penghuni syurga pada setiap hari terutamanya cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak kecil. Kata-kata yang saya dengar dalam radio tempoh hari.  

Selamat meneruskan kehidupan dan menimba pengalaman baru di zaman kanak-kanak yang indah Fina! Doa mama sentiasa mengiringi setiap langkah Fina.

Comments

  1. Fina dah nak masuk darjah 2!. kejap je rasa dah besar kan. tahun depan khalis pulak darjah 1. mama dia plak yg risau lebih. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu