Posts

40 minggu

Bayi Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain. Anda Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. ******************************************************************** Memasuki minggu akhir dan hari terakhir bekerja hari ini. Insyaallah, minggu depan genap 40 minggu 2nd baby dalam kandungan saya. Tiada tanda-tanda besar lagi menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Cuma tanda-tanda kecil sudah ada. Lebih kurang 4 hari lagi menjelang tarikh jangkaan bersalin. Beg mama dan beg baby dah standby dalam kereta. Manalah tau, tiba-tiba terasa  sakit nak bersalin, boleh terus ke KPMC. Tak perlu balik ke Semenyih dahulu untuk mengambil apa yang patut. Hari terakh...

39 minggu

Image
Bayi Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu. Anda Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. ********************************************** Iya, saya masih boleh berjalan ke ofis dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Cuma pergerakan semakin perlahan kerana rasa cepat letih dan tak larat bila buat kerja banyak-banyak atau berjalan laju. Dah macam kura-kura, slow jer. Kalau minggu ini tak bersalin lagi, dah plan lepas 26 Disember ni nak mintak MC kat doktor. Nak berehat kat rumahlah.   Teringat bila tonton rancangan Halaqah minggu lepas. Keajaiban alam janin rasanya tajuk tersebut. Prof tu cakap, proses kelahiran sama juga konsepnya dengan saat-saat kematian. Kita tak boleh jangka bila ianya akan berlaku. Bila-bila masa dan di ma...

Sterilize

Image
Operasi mencuci dan sterilize botol-botol susu yang akan digunakan untuk mengisi stok EBM nanti. Mula-mula, masukkan botol susu dalam sinki. Isi air hingga penuh. Kemudian saya letakkan sedikit pencuci khas jenama Pureen ini. Rendam mengikut lama mana yang kita suka.  Ini bahagian part pam Medela FS. Cuci bahagian corong dan part yang akan digunakan nanti. Setelah rendam, bolehlah cuci dengan air biasa untuk menghilangkan baunya. Kalau rajin, boleh bilas menggunakan air panas. Dibiarkan kering dan simpan di tempat yang sesuai. Siap untuk digunakan selepas bersalin nanti. Ada pil sterilize pureen yang dijual juga boleh digunakan. Tapi sebab kebanyakan botol susu saya ini baru dibeli, jadi saya tak guna pil sterilize itu. Nanti lepas dah banyak kali guna botol susu ini, boleh guna semula stok pil sterilize yang ada masa Fina BF dahulu.

Shopping

Image
Selagi belum bersalin, saya masih boleh bershopping on9. Menjimatkan tenaga untuk bergerak dan memudahkan pelanggan. Sekarang ini, servis penghantarannya pun memuaskan hati. Hari ini order, esok dah dapat. Kali ini saya bershopping on9 di salah satu blog yang menjual banyak barangan yg sesuai untuk ibu-ibu BF. Enjoy Breastfeed Ada member ofis beli set pam, so kirim beli liner ini sekali. Kalau ada member-member yang baru nak beli pam, memang saya cadangkan beli di blog ini. Harganya lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran yang berada di luar. Sekarang ini lagi banyak pilihan dan barangan BF yang dijual. Cuma perlu pandai memilih dan tahu apa yang perlu dibeli mengikut bajet dan tentunya kemudahan yang digunakan untuk jangkamasa panjang. Liner Autumz ini jenis zip-lock dan tak payah nak ikat dengan getah seperti jenama You Have A Baby yang pernah saya guna sebelum ini. Rasa-rasanya dah complete gajet dan barangan lain yang saya sedi...

Nilai Seutas Gelang Emas

Nilai Seutas Gelang Emas Hati tersentuh, apabila membaca artikel ini . Moga niat yang baik, akan diberikan juga ganjaran kebaikan. Bukan untuk 'bermegah' atau sengaja 'menghabiskan' wang untuk bersalin di hospital swasta. Cuma apa yang tersirat di hati, setiap perkara yang kita yakin betul dengan pilihan tersebut, insyaallah akan diberkati dan diredhai terutamanya jika perbuatan tersebut direstui oleh suami tersayang. Doa saya, moga redha Allah dan suami mengiringi proses saya untuk melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia ini. Amin.

Berpantang Cara Alami

Image
Bagi ibu-ibu  yang sedang hamil, ini adalah salah satu buku yang saya syorkan anda memilikinya. Harganya berpatutan dan isi kandungan yang ringkas dan padat. Sesuai untuk bakal ibu baru dan juga ibu yang telah beberapa kali bersalin . Antara isi kandungannya ialah cara-cara berpantang Melayu turun temurun ~ berurut, bertangas, bertungku, mandi herba dan lain-lain ilmu yang merangkumi penjagaan selepas bersalin. Serta panduan lengkap bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Bagaimana mengendalikan susu perahan setelah bekerja bagi ibu yang bekerjaya dan tips-tips yang sesuai dijadikan panduan asas BF.   Dan tidak lupa, 32 resepi berpantang yang enak dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk dijadikan panduan am untuk suami saya tersayang. Pelbagai resepi yang mudah disediakan. Confirm tak rugi bila beli buku ini. Pic from google

38 minggu

Image
Bayi Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Anda Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. ***************************************************** Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.   Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa: sakit di bahagian kelangkang ke...