Posts

Akak Fina

Image
Dah lama tak cerita pasal AhKAK EENA ni. Fina masih mengekalkan tahap 'manja' nya itu walaupun dah jadi seorang kakak. Jatuh sikit, menangis sekampung. Lepas baik dari HFMD bulan lepas, Fina dah kuat makan. Tapi badannya slim ler jika dibandingkan masa zamannya bambam dulu. Fiqah pula yang menyambung kemontelan akaknya  masa kecil. Cakap makin fasih, cuma versi pelat. Kadang-kadang hanya saya seorang yang faham apa yang Fina cakap. Bila balik kampung, jadi tukang terjemah apa yang dia cakapkan. Baru orang lain faham. Naluri keibuan memang begitu agaknya. Ibu sahaja yang faham apa yang anaknya luahkan dari segi kata-kata mahupun perbuatan. Fina suka pergi sekolah. Dapat jumpa ramai kawan. Bila tanya nak sekolah kat baby tak. Terus jawab tak nak. Nak sekolah kat ofis mama. Ada sahaja lagu yang dinyanyinya bila balik dari taska. ANAK GAJAH BERKAKI EMPAT KAKI EMPAT BADANNYA SANGAT BESAR TAPI GAJAH TAK MAKAN ORANG YAYAYA...YAYAYA... ************...

4 bulan

Image
Waktu rehat yang lama. 12.15 tgh hingga 2.45 ptg. Tak jadi shopping di ALAMANDA. Confirm ramai orang sampai nak parking pun penuh. Almaklumlah, gaji baru  dah masuk. Jadi, penuhi waktu rehat dengan mengupdate blog! Esok baru bawak F&F berewang. Malamnya baba dah kena OT lagi.   Semalam checkup Fiqah di Klinik Desa Rinching. Untuk 4 bulan, tiada cucuk. Hanya timbang berat dan ukur tinggi.   Berat Fiqah telah naik ke 6.8kg . Tinggi 61 cm . Perkembangan terkini ~ Suka tergelak. Pandai ajak bersembang. Masih kuat tidur bila kenyang. Mengiring sedikit, belum berpotensi untuk meniarap. Tidur lasak. Bila letak atas bantal, bila sedar, bantal ntah kemana.  Bila mandi, ditolak-tolaknya kaki kat besen.   Asyik possing dengan mama jer kat klinik. Kali ni possing dengan baba pula. Setakat 4 bulan ini, keadaan kesihatan Fiqah amat baik. Cuma kena selsema 2x. Itupun cepat kebah bila dah bf. Antibodi dalam susu ibu, amat me...

Mengendalikan EBM harian

Image
Bagaimana saya mengendalikan bekalan harian stok EBM Fiqah? Isikan susu ikut sukatan yang Fiqah minum. Fiqah minum 3oz -3.5 oz sebotol. Bekalan 5 botol sehari pagi hingga petang. Susu yang saya pam di tempat kerja pada hari ini, akan disimpan 3 botol untuk stok di taska keesokan harinya. Susu yang lebih, akan dibuat stok frozen EBM. So, tiada masalah jika stok frozen berkurangan sebab saya dah refill semula. Malamnya, ambil 2 stok frozen EBM dan rendam dalam air yang diletakkan dalam jag. Tujuannya agar susu akan cair untuk kegunaan keesokan harinya. 3 fresh EBM dan 2 stok frozen EBM letak dalam jug untuk dicairkan . Pagi esoknya, saya pindahkan frozen EBM yang telah cair ke dalam botol bagi memudahkan kerja pengasuh. Setiap hari bekalan 5 botol EBM akan diletakkan dalam bekas yang  bertutup untuk dipindahkan ke peti ais taska Fiqah. Selalunya, Fiqah tidak habis minum 5 botol tersebut. Kecuali pada hari-hari tertentu yang memerlukan bekalan yang ...

Kelapan

Lama tak update blog. Blogger.com dah ada format baru lah. Nasib tekan sana sini jumpa. Kalau tidak, bersawang lagilah blog Mama Fina & Fiqah ini. Minggu ini ulangtahun ke  8 saya bekerja dengan gomen. Dari usia 20an, sekarang telah menginjak ke usia 30an. Peredaran masa seiring dengan pertambahan usia. 8 tahun juga saya di Bahagian yang sama. Cuma unit dan bos yang berbeza. Malas nak buat surat tukar. Saya selesa berada di sini. Dan malas nak perkenalkan diri bila masuk ke ofis baru, boleh gitu! Biar di mana kita berada, atau apapun kerja kita, yang penting keikhlasan dan komitmen dalam apa yang kita lakukan.

Rutin

Image
Dah hampir 2 bulan baba F&F bertugas di tempat baru. Sejak di PPA, Jelebu , dalam 2 minggu sekali saya akan ditinggalkan bersama anak-anak. Mmmm..mulalah jadual pagi-pagi kucar kalau tiada abang. Kalau tak, saya hanya masuk kereta, terus hantar Fiqah dan menuju ofis. Selebihnya, abang yang tolong keluarkan kereta, masukkan barang, kunci semua pintu dan pintu pagar. Peranan yang kecil sahaja kan, tetapi sebenarnya banyak membantu meringankan tugas saya setiap pagi. Begitulah hidup suami isteri. Saling lengkap melengkapi. Beberapa minggu yang saya lalui selepas naik bekerja semula sudah semakin teratur jadualnya. Saya kembali terbiasa dengan rutin harian. Keluar dari rumah seawal jam 6.40 pagi, hantarkan Fiqah ke taska dan seterusnya hantar Fina di taska ofis. Kalau sampai awal, saya mandikan Fina dahulu di Taska. Jalan agak sesak di waktu pagi, tetapi tidaklah terlalu teruk. Dalam pukul 7.30 pagi paling awal boleh sampai di Putrajaya. Taklah semput nak menge...

Fiqah

Image
Fiqah kena selsema semalam. Perkara biasa kalau tinggal di taska. Selsema, kejap baik, kejap kena balik. Dah duduk ramai-ramai. Saya tak bagi ubat sebab Fiqah kecil lagi. Hanya sapu vicks pada dada, belakang badan dan tapak kaki Fiqah. Masa tidur, tinggikan bantalnya agar senang Fiqah bernafas.  Fiqah masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang baby yang mudah untuk dijaga. Tak pernah mengamuk, jarang menangis dan tidur nyenyak di waktu malam. Rasa senang dan seronok menguruskan Fiqah. Kadang-kadang, waktu malam Fina yang menangis mengigau. Fiqah ok jer, cuma bangun menyusu sahaja bila lapar. Cuma masalah sampingan Fiqah ialah kulitnya agak sensitif. Terutamanya di kawasan bawah leher dan kelopak telinga. Cepat merah bila tidak dilap kering atau berpeluh. Rabu lepas bawa Fiqah ke Klinik Dinamik untuk jumpa doktor. Cuping telinga Fiqah bernanah dan belakang kelopak telinganya merah. Doktor kata alahan. Diberi ubat sapu. Bukan apa, saya takut merebak...

Apam Pelangi

Image
Asyik buat apam saiz comel2 jer..Sekali sekala, saya buat saiz besar. Isi adunan dalam satu loyang, senang kerja. Kukus sekali sahaja. Ini apam pelangi yang saya buat untuk minum petang semalam. Senang je buat apam ini.  Resepi saya ambil dari MyResepi . Bahan-bahan :  250 gula 200 ml susu segar 300 gm tepung gandum 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil ovallete Pewarna ikut suka Cara-caranya : Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar . Akhir sekali masukkan ovallete. Pukul hingga adunan menjadi ringan. Bahagikan adunan, dan warnakan ikut warna yang disukai. Kukus hingga masak. Boleh juga letak dalam cup kertas untuk saiz apam yang kecil-kecil.