Posts

Fina & Fiqah

Image
Ini kisah kami berdua - Akak Fina & adik Fiqah.. Kami sudah menjadi teman bermain sejak kecil. Kadang-kadang kami sangat mesra, kadang-kadang kami suka bergaduh. Mama dan baba kerap berpesan, Akak Fina tak mau buat adik...Tapi saya suka main-main dan gaduh-gaduh. Tak sah sehari kalau tak menyakat adik Fiqah, barulah hubungan kami mesra. Mama dan baba tahu, Akak Fina mahukan perhatian yang lebih. Begitu juga adik-adik yang lain.  Adik Fiqah pula ~ suka meniru apa yang Akak Fina buat. Bagi Fiqah, Fina adalah idola terdekatnya. Dialah kakak, dialah kawan, dialah mentor bagi Fiqah. Setiap perlakuan dan percakapan Akak Fina, Fiqah yang paling memahami dan mengikuti. Tapi Fiqah cakap tak sepelat Akak Fina. Butir kata Fiqah mudah difahami dan jelas tutur katanya.  Ditambah dengan ahli baru geng 3 F, baby Fittriah pula sudah makin kenal dengan akak-akaknya. Bila diagah, pandai ketawa besar dan suka melihat gelagat akak-akaknya. Tahun lagi sekali bila Fittri...

6 bulan

Image
Alhamdulillah - minggu ini Fittriah genap 6 bulan. Ooooo...ini budak banyak mengada sejak dah dapat meniarap. Tak boleh kena tinggal langsung. Menangis kuat bila tak ambil dia. Mesti nak kena dukung atau pegang dia kecualilah dia boleh berguling-guling dengan mama, baru dia senyap.  Update 6 bulan : Pass lesen meniarap. Siap angkat dua belah tangan ke belakang macam nak terbang. Dah angkat-angkat buntut nak merangkak. Fully bf. Insyaallah minggu ini nak kenalkan Fittri dengan solid food. Pandai tergelak besar terutamanya bila kakak Fina layan dia. Pandai dah mengigit. Suka cubit mama. Pandai main mainan yang diberi. Kuat menangis sebab nak orang pegang dia. Dah kenal orang terutamanya keluarga terdekat- mama, baba, kakak fina, kakak fiqah. Perjalanan bf. Stage 6 bulan pertama dapat dicapai. So, next target mama nak bf Fitti hingga Fitti usia 1 tahun. Setakat ini bekal EBM di taska sebanyak 5 botol sehari. Bila dah start makan nanti, mungkin Fittri kur...

Darjah 1

Image
Fina tahun depan sudah masuk sekolah darjah 1. Mulanya ingat dia intake tahun 2016 sebab Fina lahir tahun 2009, jadi memang tak ambil kisah tentang pendaftaran online yang dibuka awal tahun haritu. Bila semak semula, rupanya kanak-kanak yang lahir bulan Januari - 1 hingga 15 Januari kena daftar sekolah darjah 1 untuk tahun sebelumnya. Jadi tak ikut usia. Dikira usia 7 tahun untuk tahun 2015.  Nasib baik sempat daftar lagi. Insyaallah Fina akan bersekolah sama dengan sepupunya Kak Ya di Kajang. Excited dia nak pi sekolah. Hari-hari tanya bila kita nak pi sekolah baru ni mama. Sekarang pengambilan memang melalui sistem, bagi Selangor dan Putrajaya memang daftar online. Jadi kena alert ibu bapa yang ada anak usia 4-5-6. Dua tahun sebelum sekolah dah boleh daftar. Mmmm...kenapa mama rasa Fina cepat besar ni. Macam tak percaya aje Fina nak sekolah rendah.

Fittri ~ HFMD

Image
Budak mulut muncung ni baru sihat dari jangkitan virus HFMD - penyakit kaki tangan mulut. Minggu lepas Fittri demam. Teacher taska hantar gambar ada tumbuh bintik-bintik kat tangan dia. Seharian asyik menangis kat taska. Balik dari kerja terus bawa Fittri ke Klinik Dinamik. Doktor check, ada bintik-bintik kat kaki, tangan, lengan, dan juga beberapa ulser dalam mulut. Sah kena HFMD sebabnya kalau campak bintik-bintik merah tu melarat satu badan. Doktor cakap, kena pantau sahaja baby sebab virus ini tak ada ubat khusus. Yang penting baby mahu menyusu sebab usia baby yang masih kecil. Kalau dia refuse menyusu, baru kena refer hospital sebab takut kurang air dalam badan. Dalam hati, risau juga. Tapi lega sebab Fittri nak menyusu direct. Cuma di taska dia tak selesa sebab kena guna botol susu untuk minum. Mungkin pedih mulut kena puting susu. Dan boleh berjangkit dengan kanak-kanak lain. Fiqah ~ nasib baik tak kena sebab dia suka cium & pegang Fittri kat rumah. Lega! Esoknya k...

Perjalanan BF Fitri

Image
Stok EBM dalam pantang Alhamdulillah, rezeki untuk 3rd baby dipermudahkan urusan penyusuannya. Fitri masih fully breastfeed tanpa topup dengan susu formula. Stok susu nak kata banyak, tak banyak, nak kata sikit tak sikit. So, kira cukup-cukup untuk rotate penggunaan Fitri selama seminggu. Jadual pam di ofis masih sama : Sesi pertama -  jam 10.30 pagi ke atas. Sesi kedua -  jam 1.30 petang (waktu rehat) Sesi ketiga - jam 4.30 ataupun pukul 5 petang (time balik dalam kereta) Sehari bekalan Fitri sebanyak 4 botol di taska. 1 botol lebih kurang 3oz-4oz. Selalunya habis 4 botol. Jadi untuk penggunaan harian, bekalan susu Fitri saya akan bekalkan 2 botol susu fresh dan 2 botol lagi guna stok frozen EBM. Susu yang pam kat ofis, kalau ada lebih saya jadikan stok EBM. Cuma semasa bulan Ramadhan tempoh hari, pengeluaran susu agak terjejas. Lagipun baru masuk kerja dan badan belum sesuai lagi dengan jadual pengepaman. Jadi saya banyak guna stok EBM untuk topup bekalan ke ...

Demam

Image
Lama kelamaan, muka Fitri dah semakin iras kakak Fina & kakak Fiqah nya. Kalau tengok masa dia baru-baru lahir, muka macam baby boy. Yelah, dulukala mamanya memang yakin yang dalam perut tu adalah baby boy. Hi2. Sekali scan masa usia kandungan 8 bulan lebih, baby gegirl lagi. Alhamdulillah, itukan rezeki Allah. Fitri dapat demam pertama masa sebelum raya haritu. Masa itu usia dia 4 bulan. Malam tadi demam kedua - di usianya memasuki 5 bulan minggu depan. Mungkin demam nak tukar bulan agaknya. Fitri tak merengek malam tadi, tidur lena cuma bahagian kepala yang agak panas. Sejak cuti raya tempoh hari, batuk tak hilang-hilang lagi. Meniarap pun dah pass, sekarang tengah berlatih masuk gear mengundur. Bila letak atas tilam, kejap jer dah sampai hujung tilam. Harap demamnya tidak berpanjangan. Bayi memang kerap demam kerana sistem imunisasi badannya belum kuat sepenuhnya. Selagi dia nak menyusu, jadi saya kurang risau sangat. Cepat sembuh Nur Anisah Fittriah:) N...

Kakak Fina & Kakak Fiqah

Image
Ini kisah si kakak sulung : FINA Sudah berusia 5 tahun 7 bulan. Masih bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Boleh berdikari tetapi masih mengekalkan tahap kemanjaan nya. Cakap masih pelat. Boleh jadi kawan berbual saya. Rajin menolong ikut mood dia, kalau malas, tak buatlah jawabnya. Suka main games, tengok cerita Frozen, cerita power rangers. Pandai nyanyi lagu Frozen versi bahasa Fina. Kisah si kakak tengah : FIQAH Sudah  berusia 2 tahun 7 bulan. Saya hantar taska yang sama dengan Fitri - dekat dengan rumah. Lebih lancar dan jelas percakapannya. Tidak pelat sangat. Start bulan ini suka menangis tanda protes dan kuat merajuk. Pagi-pagi nak babanya hantar ke taska. Lebih suka main peralatan dapur seperti senduk, kuali,  periuk daripada main mainan dia.