Posts

Majlis Kesyukuran dan Hari Lahir

Image
Tanggal 2 Jan 2016 yang lepas, saya dan abang telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan sambutan Hari Lahir untuk Fina, Fiqah dan Fittriah. Combine sekali semua sebab masa birthday Fittriah yang setahun lepas tak jadi buat. Fina 1 Jan dan Fiqah 25 Dis. Abang jemput orang surau di taman kami untuk membaca doa selamat selepas solat Zohor. Menu untuk hari tersebut :  nasi goreng cina, ayam goreng tepung, paprik campur, wedges, agar-agar, buah tembikai, bubur kacang hijau kuih seri muka (kaklong bagi), laksa (umi bagi), kek frozen dan cupcake. Semuanya dimasak sendiri dan saya minta kaklong tolong masakkan nasi goreng cina & goreng ayam. Kali ini abang sewa khemah depan rumah agar selesa tetamu yang hadir menjamu selera. Ramai juga yang hadir. Terima kasih pada nenek, ayah umi, adik beradik, ipar duai, sahabat andai dan jiran-jiran yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Mohon maaf jika ada kekurangan atau terlupa nak jemput. Tak menang tangan sebenarnya bila nak uruskan majl...

Cuti Hujung Tahun

Image
Percutian keluarga untuk hujung tahun lepas saya pilih Port Dickson sebagai destinasi pilihan. Mulanya nak pergi Bukit Tinggi, tapi tak jadi. Mungkin ada masa yang sesuai kami akan ke sana. Kali ini saya sekeluarga melawat ke Muzium Tentera di Port Dickson sebelum menginap di Puteri Beach Resort. Ramai juga pengunjung sebab cuti sekolah. Melawat muzium sinonim dengan minat abang yang suka membaca sejarah dulukala. Besar juga Muzium tentera ini, kalau rajin membaca sejarah penubuhan dan perkembangan tentera memang banyak ilmu yang kita dapat di sini. Saya? setakat tengok gambar rajinlah :)  Muzium Tentera PD Petangnya check-in di hotel kemudian bawa anak-anak bermain di tepi pantai. Malam pula kami makan seafood di medan ikan bakar Pasir Panjang. Pagi bawa anak-anak berendam di kolam renang dan kemudian bertolak balik ke kampung saya untuk saya habiskan cuti seminggu di kampung pula. PD Hujung minggu di kampung, ayah ajak pergi kenduri kahwin di kampung saya dan satu ...

2016

Image
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah pada pembukaan tahun 2016. Banyak peristiwa yang tak terduga berlaku dalam pengakhiran penutup penghujung tahun 2015 lalu, namun saya yakin semua yang berlaku adalah perancangan terbaik Allah dan kita sebagai manusia perlu percaya pada takdir-Nya.  Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk permulaan tahun ini, moga Allah permudahkan segala urusan mendatang terutamanya dari segi kerjaya saya. Amin. Awal tahun ini Fina telah memasuki darjah 2 dan Fiqah telah bersekolah di Taska Qausar untuk kelas usia 5 tahun. Semalam telah bermula persekolahan Fina dan Fiqah. Syukur, anak-anak saya tidak meragam di hari pertama persekolahan. Fiqah seronok dapat sekolah dan Fittriah pula masih tinggal di taska lama. Lega Fittriah tak menangis nak ikut mama pergi kerja .  Saya telah bercuti 2 minggu sebelum masuk tahun baru, jadi lama meluangkan masa dengan anak-anak di rumah. Tu risau mereka meragam untuk mula jadual harian...

Tamat Darjah 1

Image
Hari ini saya ke sekolah Fina untuk berjumpa guru kelas dan mengambil keputusan peperiksaan Fina untuk akhir tahun. Rasanya baru sahaja saya datang hantar Fina untuk daftar darjah 1, dah hampir setahun berlalu dan sesi persekolahan untuk tahun 2015 telah sampai ke penghujungnya. Cepatnya anak membesar! Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina telah meningkat peratusnya. Fina dapat nombor 13 dalam kelas. Semua abjad ada dalam keputusan dia - ABCDE. Ada yang lulus, ada yang tidak. Saya difahamkan oleh Cikgu kelas Fina, sekiranya 1 subjek gagal pelajar akan gagal keseluruhan peperiksaan. Bukan untuk 4 subjek teras sahaja. Maknanya, semua subjek pelajar harus lulus. Untuk darjah 2 tahun hadapan, Fina akan berpindah kelas yang lebih baik.  Fina telah pandai membaca dengan lancar. Itu perkembangan yang paling ketara setelah dia tamat darjah 1. Mengaji saya ajar Fina di rumah selepas waktu Maghrib, dah nak masuk Iqra' 3. Masih belum fasih mengaji, perlu diulang-ulang baru dia ...

Taman Wetland Putrajaya

Image
Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti membawa anak berjalan-jalan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Sebenarnya walaupun saya telah 11 tahun bekerja di Putrajaya, tapi belum berkesempatan lagi nak melawat beberapa tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah di sekitar Putrajaya. Setakat pergi dan balik kerja sahaja. Tau-tau pagi dah sampai ofis, petang balik dah sampai rumah . Tujuan utama datang ke sini saya nak bawa 3F ke Taman Wetland untuk ke Galeri Penghayatan Alam Sekitar. Tapi saya tak tahu pula rupanya Taman Wetland ada dua tempat. Satu Taman Wetland untuk aktiviti rekreasi air - memancing, berkayak, naik perahu, bot, basikal, dan lagi satu baru Taman Wetland yang ada galeri yang saya nak pergi tu. Sebab dah masuk taman rekreasi air, abang pun ajak pusing-pusing tasik naik perahu dondang sayang. Perlahan sahaja kelajuan perahu ini, sambil-sambil cuti mata tengok persekitaran tepi tasik Putrajaya . Naik perahu dondang sayang. Seterusnya kami menuju ke Taman Wetl...

Pes Yemeni Mendhi

Image
Untuk kesekian kalinya, baba beli set beras dan pes untuk masak nasi arab dari kawannya di ofis.  Senang sangat guna pes ini. Hanya ikut arahan yang disediakan. Cuma kalau ikut cara saya, saya akan rebus dahulu ayam bersama dengan pes tersebut. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan masak beras pula. Setelah nasi hampir masak, masukkan ayam tadi dalam nasi. Alhamdulillah, 3F suka sangat makan nasi arab ini. Kalau guna pes ini, selalunya saya masak 2 kali. Pes yang tak habis, saya akan simpan dalam peti ais untuk digunakan bila nak masak nasi arab masa lain pula. Beras basmathi 1kg disertakan sekali dengan pes nasi arab dan juga 1 paket kecil pewarna kuning. Sumber : http://nasiarabexpress.com/ Nasi arab ini saya masak 3 cawan beras. Dapat satu periuk besar. Cukup untuk kami berlima, itupun ada lebih lagi dalam sepinggan penuh. Rasmikan kuali tefal gajet terbaru saya di dapur. Senang guna kuali ini, tak melekat dan boleh tutup guna penutup kaca. Nas...

Fittriah

Image
Jari kaki Fittriah masih dalam proses pemulihan. Lukanya dah semakin kering, cuma mungkin ambil masa juga untuk kulit dan kuku baru tumbuh. Saya sapu ubat yang dibeli di farmasi ke jari kaki Fittriah setiap hari dan bila di taska minta Teacher nya sapu. Fittriah dah tak mengadu sakit kaki. Tapi bila dia terlihat jari kaki, baru dia ingat dan tunjuk kakinya yang sakit. luka masih keluar air. luka semakin kering dan tidak berair. Ubat kuning untuk sapu luka. Minggu ini start jam 8.45 malam, Fittriah akan merengek, nangis-nangis nak ajak mama tidurkan dia. Jam 9 malam dia dah tidur.  Kuat merajuk sekarang, tak boleh tegur sikit. Bila tak bagi apa dia nak, dia akan baring sambil buat-buat menangis. Pagi keesokkan harinya,  jam 6.15 pagi dia dah bangun main-main dulu sebelum pergi taska. Moga cepat sembuh Fittriah!