Dua minggu lagi Fiqah akan genap 11 bulan. Sekarang Fiqah dah makin kenal orang. Bila jumpa orang yang dia tak kenal, dia taknak ditinggalkan. Ie : Jumpa nek yang dan tok yang di kampung. Tak tentu arah dia nak saya dan abang pegang. Cembeng-cembeng mulut nak nangis bila kena tinggal kejap. Tidak merayap terlalu jauh jika bukan di rumah sendiri. Kalau rumah sendiri, sekejap je tangga tu dia naik sampai ke anak tangga ke empat. Sekejap je sampai dapur. Baru belajar berdiri, panjat-panjat tepi sofa, tepi meja, tepi kerusi, tepi kaki mama, semua bahagian tepi lah. Perubahan paling ketara ialah – REJECT EBM. Ingatkan hanya sehari dua sahaja, rupanya minggu lepas berterusan Fiqah tidak mahu minum susu di taska. Pengasuhnya hanya beri air kosong, dan bubur, memang banyak Fiqah makan. Saya cuba membuat ujikaji semasa cuti hujung minggu tempoh hari. Fiqah gigit-gigit puting botol tu, lepas tu terkebil-kebil tengok saya. Saya memang bagi masa dia baru bangun tidur. Bila tak berjaya, s...
Comments
Post a Comment