02 March 2015

Demam


Hampir seminggu demam Fittriah berlarutan. Sekejap kebah demamnya, sekejap panas semula badannya. Tiap malam begitu, saya dan abang berjaga jam 2-3 pagi untuk menjaga Fittriah, kawal suhu panas badannya, bagi ubat dan jaram kepalanya dengan air. Bila bagi ubat, dia akan muntah. Pagi kalau sejuk sangat, dia akan menggigil hingga biru muka.Kaki dan tangan sejuk sangat. Adalah 2-3 kali berkeadaan begitu. 

Semalam saya cadangkan pada abang, ikhtiar guna alternatif lain pula. Dah beberapa klinik kami bawa Fittriah, tapi demamnya masih sama. Saya ajak abang ke Darul Syifa' Semenyih. Tapi abang cadangkan bawa ke kawannya yang turut belajar ilmu perubatan Islam di Penjara Kajang. Petang semalam kami bawa Fittriah berubat. Ditawar dengan air mineral sebotol dan dibacakan ayat Al-Quran di seluruh badan Fittriah. Air penawar tersebut untuk bagi Fittriah minum dan juga untuk mandikan Fittriah. 

Malam tadi Fittriah terjaga lebih kurang jam 4 pagi  dan masih demam. Cuma demamnya  tidaklah kuat sangat seperti malam-malam sebelumnya. Pagi tadi bagi ubat, muntah 2 kali. Sebelum pergi taska, alhamdulillah badannya dah tak panas. Tadi wassap teacher di taska, Fittriah tak demam pagi ini. Mudahan Fittriah cepat sembuh. Mama dan baba risau&susah hati bila Fittriah yang tak sihat sepenuhnya lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails