Kenduri @Kedah

Bulan ini bulan penuh dengan aktiviti hujung minggu. Berderet-deret kenduri yang telah dihadiri. Awal cuti Tahun Baru Cina balik Terengganu, minggu seterusnya pergi ke Kedah menghantar rombongan sebelah pihak adik ipar yang suaminya orang Kedah. Minggu lepas balik ke Gemencheh pula kerana kawan baik saya melangsungkan perkahwinan. 3 minggu berturut-turut jadual penuh. Minggu ini dah free. Sambung bulan 4 pula nak pergi jalan-jalan.

Rasanya ini kali pertama saya ke Kedah sejak berkahwin dengan abang. Last lalu Kedah masa pergi ke Perlis rumah Kak Lon (akak ofis) yang berpindah di sana masa saya bujang dahulu. Dekat 10 tahun dah. Jauh juga perjalanan ke sana. Dari sini kami sekeluarga dan akak ipar dengan anaknya ikut sekali. Dari Terengganu konvoi 3 buah kereta, adik-adik ipar dan abang ipar. 

Disebabkan Fina sekolah hari Jumaat, jadi kami bertolak belah malam ke Kedah. Memang tuju rumah kenduri sahaja, tak planning nak pergi jalan-jalan ke tempat lain. Memandangkan time tu Fittriah masih demam panas. Jadi tak seronok nak berjalan makan angin. Beli ikan masin pun kirim kat adik ipar yang pergi ke Tanjung Dawai untuk shopping. Kenduri belah lelaki di Kampung Singkir Laut, Merbok. Kami sampai pagi Sabtu, berehat sebentar di homestay yang disediakan untuk keluarga belah perempuan. Lepas Zohor hantar rombongan pengantin ke rumah pengantin lelaki.

Rombongan ketibaan pengantin diiringi dengan permainan lagu tradisional. Tak pasti nama apa, macam permainan muzik istiadat diraja tu. Ada pertunjukan silat juga. Selepas itu upacara makan beradab. Lauk yang istimewa kat sini gulai pisang. Sedap. Macam masak kari tapi tak rasa kari pun. Cuaca kat Kedah rasanya panas berbahang. Tak sama panas macam kat sini.

Lebih kurang pukul 4 petang, kami semua bergerak balik ke haluan masing-masing. Berpisah dengan 3 rombongan kereta dari Terengganu dan Kelantan di sini. Dalam perjalanan balik singgah di R&R Sungai Perak untuk makan malam.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu