31 March 2015

Nur Anisah Fittriah 1 tahun



Alhamdulillah...Fittriah dah genap 1 tahun pada 27 Mac 2015 yang lalu. Mengikut perancangan awal nak sambut besday Fittriah pada 28 Mac, tetapi memandangkan kesihatan atuk(saya panggil abah) yang tidak mengizinkan, jadi kami batalkan majlis hari jadi tersebut dan pulang ke kampung untuk menziarahi abah.  Sekarang abah masih di ICU Hospital Melaka. Masih belum sedar. Mudahan abah sihat seperti sediakala. Allah berkuasa atas setiap apa perkara yang berlaku. Dan sudah pasti ada yang tersurat dan tersirat dalam  setiap takdir-Nya.

Belum sempat lagi nak beli kek untuk Fittriah. Nanti ada masa, mama buatkan kek untuk Fittriah ye. Mama teringin nak buat kek Coklat Cheese Rugged ini.  Kek coklat dilapisi dengan limpahan krim keju dan dihiasi dengan strawberry dan kepingan coklat. Asyik buat kek cartoon jer, tukar kepada kek lain pula.
 
sumber : google
Selain daripada cita-cita mama yang nak buatkan Kek Coklat Cheese Rugged untuk Fittriah, kek coklat dihiasi M&M ini pun dalam senarai. Comelkan kek ini. Nanti bila mama ada masa, mama try buat ye.Cuma bila tu, tak tau lagilah.

sumber : google


Fittriah di usia setahun :
  • Masih bf dengan mama. Sehari bekal 3 botol EBM. Stok frozen dah habis semuanya dalam peti ais. Jadi, mama pam hari ini, untuk stok esok. Alhamdulillah, masih mencukupi untuk bekalan Fittriah di taska.
  • Dah ada 6 batang gigi. Gigi depan 2 batang besar! Suka menggigit orang bila gusi dia gatal.
  • Dah pandai berdiri sendiri.
  • Tak boleh tengok akak-akak dia mandi dalam bilik air, dia pun nak join sekali.
  • Dah pandai makan macam-macam.
  • Mama masih bekalkan bubur di taska.
  • Selerakkan baju yang dah berlipat, pergi rak pinggan mangkuk dan turunkan semua pinggan mangkuk tu.
  • Pandai main-main dengan akak-akaknya.
  • Kurang menangis dah jika dibandingkan masa usia sebelum setahun.
Mudahan Fittriah membesar dengan sihat, cerdik dan menjadi anak yang baik. Mama, baba, akak Fina dan akak Fiqah sangat sayangkan Fittriah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails