Fittriah Demam

Rabu....
Kami ke Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Saiful di Kajang semula. Fittriah masih demam malam hari sebelumnya. Bila waktu siang, suhu badannya kadang-kadang normal, kadang-kadang panas. Jadi Dr. cakap jika demam masih berterusan 2 hari ini, Dr. minta pergi hospital dan check darah. Dr. check paru-paru ok, hanya tekak Fittriah sedikit merah kerana sering batuk. Bila dengar Dr. cakap macamtu saya rasa tak sedap hati. Belum pernah lagi anak saya sakit demam lama. Lebih-lebih lagi Dr. beritahu kemungkinan demam lama akan ditahan wad. Saya sangat susah hati!

Dr. beri ubat antibiotik untuk dimakan selama 5 hari berturut-turut, ubat demam, ubat batuk/kahak dan juga satu ubat pil untuk kuatkan paru-paru. Malamnya saya beri semua ubat dan tentunya dengan bantuan baba. Fittriah susah nak makan ubat. Bila tengok saya pegang picagari, dia mesti dah nangis. Malam itu, dia tak muntah selepas makan ubat sebabnya on the way balik dari Klinik dia dah muntah sekali dalam kereta.

Malamnya, kami pantau keadaan Fittriah. Badannya tidak panas seperti selalu. Alhamdulillah, hingga ke pagi suhu badannya dalam keadaan normal. Bila hantar siang di taska, Teacher nya kata Fittriah tidak demam lagi. Cuma batuk. Hari semalam pun Fittriah makin sembuh. Bagai satu keajaiban  berlaku, bila saya dan abang risau Fittriah mungkin kena tahan wad, Allah sembuhkan Fittriah. Syukur! 

Batuk masih ada, suaranya serak. Sejak baru baik demam, dia nak saya sentiasa berada di sisinya selepas balik dari kerja hingga ke waktu malam. Bila saya bangun, dia menangis. Dia akan merangkak ikut saya ke mana saya pergi. Nak masuk bilik air pun susah. Dia nak saya tumpukan perhatian padanya. 

Minggu ini saya bekalkan Fittriah bubur nasi di taska. Gigih bangun sebelum subuh nak masak bubur. Nak bagi dia makin sihat dan berselera makan. Susu habis 3 botol EBM sehari dan bubur saya bekalkan untuk dia makan 2x sehari. Moga Fittriah sembuh sepenuhnya. Amin.

Comments

  1. Semoga cepat sembuh fitriah. sian mama awak tu tau. risau dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..