Norma Baru PPN 2021
Tahun 2021, Fina telah memasuki alam Sekolah Menengah di Tingkatan 1, Fiqah di Tahun 4 dan Fittriah di Tahun 1 Sekolah Rendah. Mulai April hingga September 2021, negara melalui beberapa Fasa Pemulihan daripada pendemik Covid-19. Tempoh enam bulan ini anak-anak bersekolah secara PDPR dan sedikit demi sedikit kelonggaran diberikan oleh pihak Kerajaan secara berperingkat. Cara pembelajaran diadakan secara atas talian dan kerja sekolah dihantar menggunakan aplikasi Google Classroom dan Telegram. Secara peribadi, saya lebih suka sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Murid boleh fokus dan menjalani sesi pembelajaran yang selesa dengan kehadiran rakan sekelas serta guru yang memberi pengajaran dan bimbingan. Insyaallah, November 2021 sesi persekolahan akan dibuka semula. Moga anak-anak dapat menyesuaikan diri semula setelah lama berada di rumah. Baju sekolah, kasut sekolah serta kelengkapan persekolahan yang lain, hanya digunakan sebulan sahaja tahun ini. Harap...