Posts

Berpantang 3rd baby

Berpantang adalah waktu yang agak membosankan oleh wanita kan! Walaupun diberi cuti lama, tak payah kerja, tak wajib solat, tak payah buat banyak kerja rumah tapi masuk minggu ketiga terasa juga boring nya. Cuma yang seronok, tak terikat dengan masa. Sepenuh masa di rumah bersama anak-anak. Boleh berehat-rehat, boleh tidur bila penat, boleh tengok tv, layan internet cuma yang kena jaga ialah kesihatan badan dan fikiran ketika berpantang. Dan lagi satu, jaga makan time pantang. Tak boleh makan sebarangan. Keluar rumah pun no-no-no..Tak digalakkan sebab bila dah keluar tu tentu nak pi shopping kan! Sabar lah sikit, tunggu 44 hari. Lepas tu nak pergi mana, pergilah..Pesanan untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, saya dan Fitri makin sihat. Fitri dah memasuki 21 hari. Awal haritu kena sakit kuning. 4 kali berulang alik ambil darah. Masuk hari kelima pusat dia tanggal. Dan awal minggu kelahiran dia kena ruam pada dahi dan badan. Melepuh ada air dalam ruam tu. Saya tanya doktor, doktor c...

Bersalin 3rd Baby

Image
Part 2 27 Mac 2014 (Khamis) Lepas daftar kat lobi, staff KPMC bawa saya ke tingkat 1. Ingatkan dapat bilik dulu, rupanya terus ke labor room. Abang, Fina dan Fiqah turun semula ke lobi. Bising budak 2 orang tu bermain berdua. Sampai tingkat 1 dengar suara mereka. Abang uruskan pasal bilik sementara saya memang dah kena tahan dalam labor room. Mungkin tiada pesakit lain agaknya. Sebab kalau macam Fiqah dulu, saya duk dalam bilik. Tanpa tukar uniform, saya baring kat katil. Pengalaman bersalin yang dulu membuatkan saya lebih bersedia untuk bersalin. Pakai stokin siap-siap kerana bila nak bersalin badan saya jadi seram sejuk. Bawa air/kurma dan pil Salindah yang kena makan setiap 15 minit. CTG dipasang kat perut. Kontraksi datang kerap, bukaan baru 2 cm. Saya memang lemah bab bukaan ni. Sebab saya ni jenis yang lambat bukaan serviks. Kali ini tak tau berapa jam baru leh capai 10cm. Dalam hati macam-macam ayat Quran saya baca. Nurse tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya pun c...

Next F

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri untuk keluarga kecil kami. Dan next F dinamakan oleh babanya :- NUR ANISAH FITRIAH BT. AZHAR. Hari ini baru genap 2 minggu usia Fitri. Maksud nama Fitri ialah penghibur semulajadi keluarga. Lebih kurang gitulah baba nya cakap. Fitri lahir pada 27 Mac 2014 pada jam 7.06 pagi di KPMC Kajang. Fitri lahir seberat 2.8 kg sahaja. Anak saya dalam perut makin lama makin kecil kan. Tak apalah, biar sihat dan besar di luar perut. Awal seminggu daripada tarikh due. Dan tak sempat mama nya habiskan kerja untuk Khamis dan Jumaat sebelum start bercuti seperti yang dirancangkan pada 31 Mac. Fitri nak lahir awal dan tak sempat juga mama nya nak masuk keje lepas bulan Ramadan. Banyak betul perancangan mama tapi perancangan Allah itu lagi indah untuk temukan mama dengan Fitri pada waktu yang telah Dia tetapkan. Syukur. Cerita bab bersalin pula :) 26 Mac 2014 (Rabu) Saya kerja seperti biasa. Hari ini rasa perut memulas ke...

3rd baby ~ 38 Minggu

Image
Alhamdulillah, 3rd baby dah memasuki ke 38 minggu. Lebih kurang 3 minggu lagi menghampiri tarikh due. Sekarang ni pun kalau diikutkan, saya boleh bersalin bila-bila masa. Pasang mood standby sebarang kemungkinan. Mudahan 3rd baby keluar time mama nya sedang berehat2 di rumah. Manalah tau, kalau tiba-tiba nak keluar time kerja, mau haru juga nak adjust macamana. Beg mama & barang baby dah ada dalam kereta. Cuma beg untuk isi makanan untuk dibawa ke hospital - kurma, biskut, 3in1, air kosong, itu belum sediakan lagi. Checkup di Klinik Rinching bulan ini start seminggu sekali. KPMC pula, last checkup insyaallah pada 22 Mac 2014 ini. Setakat ini 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cuma mama rasa letih bila buat kerja banyak, biasalah tu, dah minggu-minggu akhir. Jalan banyak pun hongeh. Start 31 Mac 2014 ini saya nak cuti terus, tak larat dah nak kerja, lebih-lebih lagi kena harung jem pagi-pagi. Balik clear pula sekarang, jalan ke Semenyih memang agak pelik tahap jem nya....

7 Tahun

10 Mac 2007 ~ 10 Mac 2014   Suamiku tersayang, Selamat ulangtahun pernikahan kita yang ke-7. Saya sentiasa bersyukur dikurniakan suami yang baik, menjadi pemimpin kepada keluarga kita, menjadi baba yang bertanggungjawab kepada anak-anak kita, menjadi rakan sembang saya, menjadi peneman hidup saya, menjadi penjaga dan pendengar setia saya, teman di kala suka dan duka, susah dan senang, dari zaman muda, dulu dan kini, Insyaallah hingga ke akhir hayat. Moga ikatan suci ini berkekalan dan sentiasa diredhai oleh Allah.  Amin

Persediaan 3rd Baby

Cuti hujung minggu lepas saya dah cuci baju-baju 3rd baby. Keluar untuk shopping barang-barang keperluan  baby. Cuma yang belum ada ialah pampers baby. Itu nak tunggu seminggu dua lagi baru beli. Selainnya list yang perlu disediakan ialah : Barangan baby Rasanya barangan untuk baby dah hampir lengkap semua.  Lampin pakai buang newborn. Ini kena beli untuk buat stok. Beli satu jer, kemudian stok yang lain kena beli saiz s. Sebab mengikut pengalaman saya, anak-anak saya ini membesar di luar dengan cepat. Kalau lahir 2kg lebih jer, bila dah sebulan dua akan naik berkilo-kilo. Jadi beli saiz besar sikit agar tidak membazir. Barangan mama Mandian herba TYT Pati halia untuk sapu kat perut time guna bengkung. Stok biskut, minuman dan makanan yang boleh dimakan masa berpantang. Manjakani - untuk direbus bersama daun sirih dan buat basuhan untuk bagi luka epi cepat sembuh. Selainnya dah lengkap dah, cuma nak sediakan beg untuk ke hospital dan letak dalam kereta untuk...

Cameron Highlands

Image
Percutian terakhir keluarga sebelum mama F&F melahirkan 3rd baby. Nasib baik perancangan ngam-ngam sahaja sebelum due date. Kalau tak, tak laratlah nak cuti-cuti Malaysia. Saya mohon rumah RPP di Cameron Highlands setahun yang lalu. Kemudahan dan bilik amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. RM25 sahaja semalaman. Bilik besar dan selesa. Selebihnya tak duduk sangat dalam bilik sebab pergi bercuti tentunya keluar berjalan-jalan. Tapi sendiri ingatlah, memang kena booking awal berebut-rebut sebab berjuta yang mohon. Ini kali pertama saya dan abang pergi ke Cameron.Jauh juga rasanya. Pergi kami ikut jalan Tapah, balik pula lalu ke Simpang Pulai. Perjalanan pergi, jalan memang bengkang bengkok. Pening lah juga rasa. Orang kata, dah tak banyak kereta lalu jalan ini sebab jalan baru di Simpang Pulai tu lagi elok. Tapi tak apalah, bila lagi nak lalu jalan ini. Jadi abang plan, pergi lalu jalan Tapah, balik baru lalu Simpang Pulai. Dalam perjalanan pergi, ternampak air terjun di t...