Posts

Raya 2015

Image
Raya Pertama Berhari raya di rumah mak Norma- mak angkat di pagi raya. Tunggu abang balik dari Kajang dan sebelah petangnya beraya di kampung Melaka. Rumah Nenek Sarah, rumah Maklang Ina, rumah Paklong Tanduk, rumah Pak Andak, rumah nenek Birat dan last sekali singgah rumah mak tua. Kat kampung Pondok Kempas, Selandar ini semua keluarga belah ayah dan arwah mak kebanyakannya tinggal di sini. Raya Kedua  Duduk rumah sahaja sebab keluarga belah ayah nak datang beraya. Raya Ketiga Bawa ayah dan umi berhari raya. Mula daripada rumah maklang di Jelai 4, terus ke Petaseh, Jelebu rumah bapa saudara Umi, terus ke Seremban rumah arwah nenek Seremban di Temiang, ke rumah makcik (akak umi) di Senawang dan rumah nenek uda (mak saudara umi) di Taman Marida, Senawang. Balik pula singgah di Rembau rumah makteh (akak umi). Raya Keempat Abang ajak balik ke Semenyih belah malam. Sebelum itu sambung raya di kampung Melaka. Raya rumah Makngah Senah, Makcik Noi dan rumah Mektam. Se...

Persiapan Raya

Melewati 10 hari terakhir Ramadhan 1436 Hijrah.  Idea menulis kering kontang ;( Tahun ini persiapan Hari Raya diadakan secara sederhana. Tidak tahu kenapa, bila dah makin meningkat usia, keghairahan untuk menukar baju, kasut dan kelengkapan diri yang lain makin berkurangan. Persiapan lebih banyak tertumpu kepada anak-anak. Baju Fina, Fiqah dan Fittriah dah beli, kasut dah beli, cuma beg dan tudung raya belum lagi. Insyaallah, minggu ini saya akan cari di kedai area pekan Semenyih sahaja. Lama tak buat biskut raya, tahun ini saya dah buat dua jenis biskut pada minggu lepas. Mulanya harap Fina dan Fiqah tolong, lepas tu mamanya seorang yang duk menyiapkan biskut raya seorang. Anak- anak dara belum boleh diharap. Nanti dah besar boleh tolong mama ya. Dua biskut yang saya cuba - biskut conflakes & biskut german. Fina tolong letak manik gula bila buat biskut german. Satu tangan letak manik atas biskut, satu tangan suap manik dalam mulut. Minggu ini nak buat popiah nestum ...

Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan Allah dengan Ramadhan kali ini. Rutin harian tidak banyak yang berubah. Pagi saya hantar Fina ke sekolah manakala Fiqah dan Fittriah, babanya tolong hantar. Balik kerja pula, saya yang akan ambil Fiqah dan Fittriah dari taska dan babanya ambil Fina di KAFA. Tugasan yang telah dibahagikan sejak awal. Cuma waktu pulang kerja di bulan Ramadhan saya akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Semua mahu pulang ke rumah awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Hakikatnya, bila dah lalui hari-hari jalan yang jem, sampai satu tahap saya rasa dah lali dan memandu macam tak ada perasaan. Bila masuk kereta, bawa kereta dan tanpa sedar dah sampai ke rumah. Lol..macam robot dah. Yang penting sampai di rumah dengan selamat dan berjumpa anak-anak yang sedang menunggu kehadiran mama nya. Ramadhan kali ini, saya tidak mengepam susu lagi. Fittriah telah campur susu formula sejak bulan lepas. Waktu lepas kerja dan waktu cuti Fittriah masih bf seperti bia...

Hari Ibu

Image
Selamat Hari Ibu. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu. Hidup akan sepi tanpa kehadiran seorang ibu. Betapa banyak jasa dan pengorbanan ibu dari kita kecil hingga dewasa. Beruntunglah kawan-kawan yang masih mempunyai ibu kerana berpeluang mencurahkan kasih sayang di dunia ini. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya pernah dengar, Allah memberi sifat lupa terhadap manusia. Contohnya ketika kita kehilangan orang yang dikasihi, rasa kesedihan di hari kejadian adalah tidak sama dengan rasa sedih yang dihadapi pada sebulan selepasnya. Hari berganti bulan, berganti tahun dan akhirnya rasa sedih itu akan hilang sedikit demi sedikit. Begitulah insan, Allah beri kekuatan untuk 'melupakan' sesuatu dengan cara-Nya yang tersendiri. Arwah mak pergi meninggalkan saya ketika saya berusia 12 tahun. Masa itu adik saya berusia 8 bulan. Mak baru berusia 38 tahun ketika meninggalkan kami semua. Telah hampir 22 tahun berlalu, dan dengan wujudnya rasa lupa itu menjadikan saya tabah menerusk...

Petrosains KLCC

Image
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk  berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. ...

Fittriah 1 tahun

Image
Fittriah dah melepasi usia setahun. Gigi dah tumbuh 7 batang. 2 bawah dan 5 belah atas. Sangat manja. Tak boleh saya jauh daripada dia, asal nampak saya depan mata dia boleh main-main sendiri. Baru belajar berjalan setapak-dua tapak-tiga tapak. Lepas tu jatuh. Kalau tengok akak Fina & akak Fiqah masuk bilik air mandi, dia pun masuk join sekali. Pandai panggil, mama...baba..nene (nak bf). Pandai main-main dengan akak Fina dan akak Fiqah. Menangis dan merajuk bila tak dapat apa dia nak. Contoh, akak Fiqah ambil mainan dia. Dia menangis sebab dibuli. hi2. Kuat makan. Sekarang time makan malam dia nak makan sendiri. Tapi bukan kenyang masuk mulut, banyak yang bersepah. Suka makan buah-buahan. Kuat tidur. Siang tidur lama bila penat bermain. Malamnya lebih kurang jam 9.30 malam waktu Fittriah masuk bilik tidur.

Keputusan Peperiksaan Fina

Image
Diam tak diam, telah masuk bulan keempat Fina bersekolah darjah 1. Alhamdulillah, Fina sudah sesuaikan diri dengan jadual hariannya. Sudah boleh menerima proses pembelajaran sedikit demi sedikit. Jujur saya katakan, saya dan abang tak pernah paksa Fina untuk belajar di rumah. Kami biarkan sahaja dia bermain dan cuma waktu malam saya akan ajar dia mengaji Iqra' di rumah. Itupun kalau dia dengan sukarela nak mengaji. Saya tak mahu dia terbeban dengan pelajaran sebab dia masuk sekolah awal setahun.  Setakat ini, Fina tidak lagi mengeluh macam awal Januari dulu. Dia cakap, Fina tak nak sekolah sini, Fina nak sekolah Nasyrah..Susahlah sekolah ini mama.. Kesian saya dengarnya, tapi dengan izin Allah, lama-kelamaan Fina tidak lagi bercakap begitu atau merungut dengan sekolah barunya. Awal-awal persekolahan, pensil hari-hari hilang, duit hilang, beg duit tinggal kat kantin, botol air dah 3 botol hilang,  selalu shopping kat koperasi, kasut kotor, bermacam ragam. Bila saya ha...