Posts

Fiqah - Tadika Islam Al-Qausar

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis sesi pembelajarannya di usia 5 tahun di Tadika Islam Al-Qausar. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik Fiqah selama ini. Pencapaian akademik Fiqah di tahap memuaskan. Cuma dia jenis yang tak suka bercakap dalam kelas. Bila keluar je dari pagar sekolah, kuat suara dia bercakap dengan mam a. Kalau kat sekolah, suaranya sampai paras halkum aje. Majlis Graduasi Tadika telah diadakan di UPM pada bulan November yang lalu. Fiqah telah dianugerahkan sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik kategori 5 tahun. Untuk acara persembahan kelas Fiqah telah buat persembahan nyanyian lagu Ibu. Tersentuh hati dengar lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak tersebut.  Acara Sukaneka selesai diadakan awal November di padang Futsal berdekatan dengan taman perumahan kami. Masa tu Fiqah masih demam. Hadir juga paginya sebab nak dia sertai acara sukaneka bersama kawan-kawan. Fiqah masuk 2 acara  dan menang tempat pertama bagi acara kutip gula-g...

Gigi Patah

Image
  Wajah terbaru Fina tanpa gigi sebatang yang patah 2 minggu lepas.  Fina lambat tukar gigi susu kerana masa dia baby, gigi dia tumbuh bila dia usia setahun lebih. Dah darjah 2, baru 3 batang gigi yang patah. Masa mula-mula gigi dia patah saya cakap muka kak fina dah macam rupa nenek tua. Marah dia..ha2.. Esoknya dia beli gigi PURPLE bawa balik kat rumah lepas sekolah.....Sabar jer lah, nak marah pun tak jadi sebab tengok muka dia pakai gigi purple. Ntah mana dia dapat idea beli gigi purple ni pun saya tak tahu. Anak...anak.... Nikmatilah zaman kecilmu sebelum kamu menjadi dewasa!

Majlis Pernikahan Cik Su

Image
Cuti Raya Haji dan cuti sekolah pertengahan September 2016 yang lepas, telah berlangsung kenduri bagi meraikan majlis pernikahan adik ipar bongsu saya di Setiu Terengganu. Lepas kenduri ini, tinggal seorang sahaja adik abang yang belum berkahwin, yang lain semua dah selamat. Yang ini adik bongsu perempuan dalam family abang - Fida atau dipanggil Cik Su oleh anak-anak buah. Bertemu jodoh dengan kawan sekolahnya dan orang sama negeri. Majlis pernikahan diadakan pada pagi Sabtu, dan seterusnya majlis kesyukuran untuk meraikan tetamu  pada hari yang sama. Tak banyak gambar yang saya dapat ambil memandangkan Fittriah yang tak sihat sebab muntah-muntah. Habis semua isi perut dia keluar, dapat minum air sahaja tapi keluar air semula ;( Baju kedondong untuk majlis pun habis kene muntah.  Ada candy buffet untuk anak-anak di depan meja makan beradap. Sekejap jer dah licin sebab kena serbu dengan anak-anak buah yang ramai. Ramai tetamu yang datang meraikan pengantin dan...

Hari Lahir

Image
Alhamdulillah..... Sudah masuk ke penghujung September 2016. Bulan ini ulangtahun kelahiran saya yang ke 34 tahun. Doa dan harapan saya moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan saya, diberi kesihatan, rezeki dan hidup bahagia bersama insan-insan tersayang dalam perjalanan seterusnya.. Syukur saya dijodohkan dengan suami  yang membimbing saya menjadi insan yang baik dan belajar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Mudahan kasih sayang kami kerana Allah ini dirahmati dalam melayari bahtera rumah tangga bersama 3 puteri amanah dari-Nya. Amin. Seperti biasa, tiada suprise daripada suami tercinta..ha2..sebab saya tau jenis orangnya adalah begitu. Cuma tahun ini saya diberi hadiah sebagai tanda ingatan daripada bos-bos dan kawan-kawan di pejabat. Hadiah terawal daripada ex-bos yang dah pindah ke Mahkamah.  Sekeping kad ucapan, ole-ole daripada Swisszerland/London dan kiriman sampul hari raya berisi wang.  Lebih kurang 3 tahun saya bekerja  di bawah beliau...

Taman Rama-Rama

Image
Awal Ogos yang lepas, abang ajak kami sekeluarga berjalan ke Taman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka. Ini kali pertama kami ke Taman ini. Walaupun kampung saya di Melaka, tempat yang kerap kami pergi daripada saya kecil ialah Zoo Melaka ;). Mulanya cadang nak pergi Taman Buaya, tapi kami tukar pilihan ke Taman Rama-Rama sebagai destinasi beriadah bersama keluarga kali ini. Dalam taman ini bukan setakat terdapat rama-rama sahaja, tetapi ada juga haiwan reptilia seperti burung, iguana, buaya, ikan, ular, labah-labah, kura-kura dan beberapa spesis haiwan yang lain. Fittriah masa awal sampai dia tidur sambil didukung oleh babanya. Dah separuh jalan, baru dia bangun dan terkejut tengok haiwan. Paling dia cemas bila bawa dia masuk ke rumah rama-rama. Dalam tempat tu, rama-rama berterbangan sekeliling kawasan yang dikepung. Kita akan berjalan lalu di situ sambil rama-rama bebas bergerak. Fittriah ni hati kecik, tengok semut pun dia takut sangat. Fina dan Fiqah yang paling happy bil...

Shopping barang 3F

Image
Kali pertama shopping di Lazada. Lama dah saya tinggalkan hobi shopping online sejak dah tak beli barang-barang breastfeeding untuk Fittriah. Pam pun dah simpan dalam almari ;) Seingat saya, selepas itu saya shopping online di Aqeela Muslimah dan Balqisya untuk baju. Sumbangan duit raya yang 3F dapat tempoh hari saya gabungkan dan bahagi sama rata untuk masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Selebihnya saya survey  barang-barang yang sesuai untuk aktiviti mereka bersama di rumah. Batal hasrat pertama nak beli tab bila dah baca pro  & kontranya. Jadi saya pilih 4 barang ini untuk lekatkan duit raya 3F tahun ini : Khemah princess 1 - Khemah Princess Khemah ini tinggi sikit jer daripada Fittriah. Fiqah letak tilam kecil sebagai alas di bawah dan susun anak patung kecil di tepi-tepi khemah. Ini tempat mereka bermain pondok-pondok ;)  3 orang sekali berbaring dalam tu sambil borak-borak. Fiqah cakap ini rumah ika. Bila hujung minggu saya suruh dia kemas rum...

Alahan Makan

Image
Fiqah ~ anak kedua saya. Semenjak dia berusia 5 tahun susah sangat nak tengok dia makan banyak. Kalau makan malam, kadang-kadang babanya suap baru dia nak makan. Kalau tak paksa, memang tak makan lah dia. Makan lauk sahaja, tak nak makan nasi. Selalu dia akan cakap, ika dah kenyang makan kat sekolah, pastu buat bunyi sendawa ..burrpp . Suka makan makanan ringan- keropok ikan, sumi, gula-gula, ayam goreng. Buah kalau ada stok kat rumah dia akan makan, itupun bukan selalu mamanya beli stok buah. Anggur atau epal dia suka. Mata kucing dan rambutan pun dia suka sangat. Fiqah lah paling slim antara 2F yang lain. Semalam baba beli durian, sebiji jer, dia dah lama tak makan durian sejak dia muntah teruk lepas makan durian time kecik. Last cuti awal bulan ini, dia ada makan aiskrim durian masa atuk beli kat kampung. Elok jer tak muntah, jadi semalam bagilah dia makan sebab kesian tengok dia terkulat jer orang lain dapat makan. Fittriah memang tak makan durian. Yang ini dia ...