Posts

2018

Image
2018....... Tahun yang banyak dugaan...Tahun yang diuji oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah, Awal tahun 2018 persekolahan anak-anak berjalan lancar. Fina masuk darjah 4, Fiqah masuk darjah 2 dan Fittriah masih berada di Taska lama. Fittriah tidak dihantar ke tadika sebab nak bagi dia main-main jer tak belajar di usia 4 tahun. Insyaallah 5 tahun nanti baru nak hantar ke tadika.  Awal tahun 2018....Fina diserang demam panas, selepas itu Fiqah dan seterusnya Fittriah kena cirit birit, muntah-muntah, demam panas dan telinga bernanah..Awal tahun yang diuji..Baba pula demam 2 minggu tak kebah-kebah. Saya seorang yang masih diberi nikmat 'sihat' oleh Allah di awal tahun 2018. Alhamdulillah, ujian sakit berlalu dan diberi semula nikmat kesihatan kepada keluarga kami. Februari 2018...... Penghujung Februari, Haziq anak buah saya (anak abang sulung saya) kemalangan di Semenyih. Dimasukkan ke Hospital Kajang  dan ditempatkan di wad ICU. Genap seminggu, Haziq dipindahkan ke w...

Hari Konvo

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis menyempurnakan pengajiannya di Tabika Perpaduan. Majlis Graduasi telah diadakan awal November yang lepas di Dewan Penjara Kajang. Majlis diadakan bagi seluruh Daerah Hulu Langat. Fiqah masa konvo kena demam semasa nak tunggu ambil sijil. Sebenarnya dia dah tak sihat sangat lepas habis rombongan, tapi kebah demamnya. Sebab cuaca panas dan kena pakai jubah, terus melarat demamnya.  Sesi penyampaian sijil bagi Zon Bangi adalah zon terakhir, jadi kena tunggu lama juga. Sempat ambil gambar Fiqah sebelum dia jadi tak larat. Terima kasih pada Cikgu Ida dan Cikgu Zana kerana telah mendidik Fiqah. Segala jasa dan budi Cikgu amat kami sekeluarga hargai.  Pagi sebelum pergi Konvo. Masa belum demam. Lepas habis ambil skroll. Dapat coklat!   Dah tak larat sebab demam. Tahniah Fiqah, dah berjaya tamatkan sesi pengajian di Tabika Perpaduan. Selamat menempuh alam baru di Sekolah Rendah!    

Rombongan

Image
Seronoknya Fiqah bila tau Tabika dia nak buat rombongan. Hari-hari tanya berapa haribulan nak pergi rombongan;) Kali ini destinasi mereka ke Menara Kuala Lumpur dan Petrosains KLCC. Pergi naik bas. Semangat bangun pagi-pagi nak pergi rombongan. Baliknya keletihan sangat terus tidur sampai pagi. Layan gambar-gambar yang Cikgu wasap sebagai kenangan Fiqah : Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ida dan Cikgu Zana yang telah mendidik Fiqah sepanjang tahun 2017. Segala budi dan jasa Cikgu hanya Allah dapat membalaskan. Terima kasih Cikgu!

Pertandingan Mewarna

Image
Awal November lalu, balik daripada kerja masa nak ambil Fittriah di Taska, saya nampak banner mengenai ada Hari bersama IWK. Sempena Majlis Pelancaran Pusat Kumbahan yang baru di taman kami. Tertulis di banner, ada salah satu acaranya - Pertandingan Mewarna. Sejak dah jadi mak -mak ni, memang suka sangat bila anak dapat join pertandingan mewarna. Tak kisahlah menang atau tidak. Yang penting anak-anak happy.  Jadi Sabtu pagi, saya bawa 3F di tempat yang dijadualkan. Fittriah pun masuk sekali. Sementara mereka masuk mewarna, saya pergi ke beberapa booth pameran yang ada. Daftar sekali untuk cabutan bertuah nanti. Masa ini hujan on off. Saya tunggu juga hingga habis Majlis sebab nak tunggu cabutan bertuah. Mana tau ada rezeki 3F. Hari bersama IWK Alhamdulillah, tengah tunggu cabutan bertuah, dapat keputusan mewarna. Ada nama Syafiqah untuk hadiah saguhati. Dapat jam tangan ;). Yang tak menang, dapat color yang dibekalkan masa mewarna tadi dan juga goodies beg ada air kotak d...

Pusat Sains Negara

Image
Tak tahu nak mulakan dari mana. Masa berlalu dengan pantas. Diam tak diam, kita sudah berada di pertengahan Disember 2017.  Banyak perkembangan dan pengalaman baru terutamanya dari cerita persekolahan anak-anak.  Insyaallah, saya akan update untuk simpanan di sini dan sebagai kenangan  3F baca bila mereka besar nanti. Saya mulakan dengan lawatan kami sekeluarga di Pusat Sains Negara. Oktober lalu, ada iklan NICE Expo 2017 yang dianjurkan oleh MOSTI. Jadi untuk pertama kalinya Pusat Sains Negara dibuka untuk kunjungan orang ramai.  Pusat Sains Negara telah beberapa tahun ditutup kerana sedang diselenggara dan dibaikpulih. Jadi sempena NICE Expo, Pusat Sains telah dibuka secara percuma untuk orang awam dan pengunjung.  Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara. Kami sampai lebih kurang jam 9 pagi. Memang dah ramai orang, parking pun penuh. Jika nak pergi ke sini, dinasihatkan pergi awal pagi. Kalau petang, lagi jauhlah nak menapak sebab parking yang dise...

#Aku NegaraKU

Image
Bulan lepas Tadika Perpaduan Fiqah telah adakan sambutan Hari Kemerdekaan. Ada dua acara, satu peringkat Tadika sahaja, dan lagi satu peringkat Daerah di Bangi. Untuk di Tadika, pelajar digalakkan memakai baju kreatif menggunakan bendera Malaysia. Mama 3F tak sempat nak tempah baju, jadi terhasillah baju kelawar MERDEKA untuk Fiqah. Berapa kali jahit-buka-jahit -buka-  baru jadi baju. Jahit dengan tangan pula tu.  Acara pada malam tersebut ialah persembahan Lagu Kemerdekaan, Sambutan Hari  Lahir pelajar, rekacipta inovasi, cenderahati untuk pelajar dan juga sesi jamuan. Next- Sambutan Kemerdekaan peringkat Daerah Hulu Langat di Tasik Cempaka Bangi. Kali ini hujan turun agak lebat, acara lewat diadakan. Tu pun tetap dijalankan dalam hujan renyai. Ada Senamrobik, Jalan kaki 1000 langkah dan Acara Perbarisan Kontinjen ikut Tadika Perpaduan masing-masing. Fiqah- tentunya Happy sekali. Lebih-lebih lagi bila dapat berkumpul dengan ka...

MRT

Image
Rombongan seterusnya di tahun 2017 tentunya merasai kemudahan MRT Kajang ke Sungai Buloh dengan kadar istimewa potongan harga 50% sehingga 31 Ogos 2017. Minggu pertama pelancaran MRT,  kami sekeluarga naik MRT dari Stesen Stadium Kajang ke Stesen Sungai Buloh. Memakan masa  lebih kurang 45 minit satu hala. Baliknya singgah di Pasar Seni untuk lunch dan terus ke Kajang semula.  2 minggu kemudian, ayah berhajat nak naik MRT. Jadi bawa rombongan atuk dan cucu-cucunya ke Mutiara Damansara sebab saya nak jalan-jalan kat IKEA. Jauh juga nak jalan kaki daripada stesen Mutiara Damansara, masuk The Curve tu untuk sampai ke IKEA. Sebab 1st time pergi IKEA. Nak shopping pun tak reti..ha2..Nasib baik sempat juga shopping beberapa barang yang dah aim. Lepas hajat saya nak pi IKEA dan lepas hajat ayah nak naik MRT. Kemudian balik semula selepas 1 jam shopping dengan askar yang ramai. Lagipun ayah nak balik awal ke kampung, jadi tak boleh lama-lama di IKEA.  Layan gambar r...