Bos pindah

Bulan Mei kali ini dipenuhi dengan majlis makan-makan di ofis saya. Boleh dikatakan tiap minggu ada sahaja majlis yang diadakan sempena perpindahan pegawai dan kakitangan. Saya pula, tengah-tengah bulan sibuk mengemas barang bos saya. Bukannya hari-hari tak mengemas bilik bos, tapi kali ini kemas barang-barangnya untuk dibawa berpindah ke pejabat baru. Untuk sekian kalinya, saya akan bertukar bos lagi atau ayat yang paling sesuai, bos saya dapat naik pangkat. Tahniah En. Iskandar. (Ayu, harap maklum berita ini ye). Macamnilah jadi PA. Bos datang dan pergi adalah suatu perkara biasa.

13/5 (Khamis) tengahari kami satu Unit lunch di Saba Restaurant Cyberjaya. First time datang sini. Menu utama ialah Nasi Arab. Sedap, cuma bukan macam nasi beriani biasa. Tak de kuah kari atau dhal. Disertakan sekali sambal cicah dan sayur timun yang dipotong kecil.



Inilah Nasi Arab - Roaster Chicken.

Jumaatnya pula, petang kami makan-makan lagi di bilik En Nawawi. Menu kali ini Domino Pizza. Sedikit ucapan dari bos dan pemberian cendera hati sebagai tanda kenang-kenangan. Bos saya berpindah ke KPKT, KL sebagai Penasihat Undang-Undang.

Acara wajib, bergambar 1 unit.



Cik Shu En, Cik Ira, Kak Elly, En. Nawawi, Pn EJ, Cik Azirul, Bos & saya.
Tiada dalam gambar - Cik Ima, cuti bersalin.




Bos tengah bagi ucapan. Kat belakang tu, ex-pegawai Unit ni dulu, En. Bukhari.




Bos & PA

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA BOS SAYA YANG KEEMPAT:)
EN. ISKANDAR ALI DEWA
2008-2010

Saya seronok bekerja dan menjadi PA nya. Antara bos yang paling best pernah saya jaga di Unit ini. Boleh dijadikan kawan, suka bergosip sama, kadang-kadang suka melompat(kelam kabut), susah nak marah orang dan seorang yang baik hati.

Comments

  1. tu la kojo org gomen...
    peh makan,makan...

    sok g makan-makan laie...
    aiyo...tak sudah eh dek makan..
    memontang pree...

    ReplyDelete
  2. kak az!!! hari tu azirul dengan kak imah ada bgtau bos naik pangkat pergi KPKT, tak sempat nak jumpa dia semula kat Putrajaya... :( dia sedih ke dia happy? heheheeh...

    tapi memang betul, walaupun dia suka melompat2 dan selalu lupa letak harta benda dia, dia memang boss yang cool dan best! ;p

    oh btw, kak az, bulan jun ni kita start kerja kat KL semula, insya allah kalau kita peergi putrajaya, kita menyinggah lawatt geng2 lama ;)

    ReplyDelete
  3. kak az!!! hari tu azirul dengan kak imah ada bgtau bos naik pangkat pergi KPKT, tak sempat nak jumpa dia semula kat Putrajaya... :( dia sedih ke dia happy? heheheeh...

    tapi memang betul, walaupun dia suka melompat2 dan selalu lupa letak harta benda dia, dia memang boss yang cool dan best! ;p

    oh btw, kak az, bulan jun ni kita start kerja kat KL semula, insya allah kalau kita peergi putrajaya, kita menyinggah lawatt geng2 lama ;)

    ReplyDelete
  4. ayu,dah dapat keje kat KL ye. nanti duk mana? sekejap je habis belajar. nanti dtg ptrajaya, singgah ler..blh jumpa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..