Ratu hatiku
18 Mei genapnya pemergian ibu saya yang ke 17 tahun. Apabila telah menjadi seorang ibu, baru saya tau begitu besarnya pengorbanan arwah ibu saya sewaktu melahirkan dan membesarkan saya. Jika arwah masih hidup, saya ingin menyayangi dan berbakti untuk membalas segala jasa dan pengorbanannya terhadap saya. Begitulah sebagai insan, kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila mereka tiada di sisi kita lagi. Tiada apa yang lebih berharga apabila diberi peluang untuk mengabdikan diri terhadap seorang insan yang bergelar IBU. Saya telah kehilangan peluang itu, tapi saya bersyukur kerana saya masih mempunyai seorang AYAH yang amat saya kasihi. Walaupun ketika arwah mak meninggalkan kami sekeluarga tatkala usia saya baru 12 tahun, namun saya masih mengingati segala kenangan manis bersamanya. Mak tetap ratu hati saya sehingga kini dan hingga akhir hayat saya. Terima kasih atas segala-galanya mak. Moga mak berbahagia di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah untuk ARWAH CHECK YAM BT. HUSIN.
genap 16thn la dik...
ReplyDeletesemalam klong ingatkan along kau...
alfatiha...
moga mak berada bersama org2 yg beriman&disayangi NYA...amin
Al-fatihah
ReplyDeletei miss her so much!!~
Alfatihah utk arwah mak ko az...
ReplyDeletekaklong: ye lah, sama baya dgn erin ler kan. org ikut umur yana. apepun, kaklong adalah menantu yang sempat mengenali arwah mak.
ReplyDeletekakngah : miss her too..
asmah : tq.