KB-Pasir Mas-Pengkalan Kubor-Pondok

Selepas seharian di Dungun, hari berikutnya kami ke Kota Bharu pula. Hajatnya ingin menziarahi keluarga abang ipar sulung saya di sana. Lagipun saya belum pernah berjumpa dengan anak bongsu mereka Aishah yang lahir pada bulan 12 tahun 2008. Dah setahun lebih pun Aishah. Kecil je Aishah jika dibandingkan dengan Fina. Aishah lahir sebagai kanak-kanak 'istimewa'. Tersentuh hati bila melihat Aishah. Tapi Aishah seorang yang cerdik, pandai senyum bila saya panggil namanya.

Dah sesekali bertandang ke rumah abang long, kami dijamu makan tengahari di sana. Lebih kurang 2 petang kami bergerak ke Pasir Mas. Kali ini ke rumah mertua adik ipar saya. Makan nasi lagi. Dah macam berhari raya pula.

Seterusnya, selepas Asar kami ke Pengkalan Kubor. Saya ingatkan nama tempat tu Pengkalan Kubu seperti yang terdapat dalam n3 Khamis di Setiu. Rupa-rupanya Pengkalan Kubor. Saya ni memang selalu salah tulis nama tempat. Dah tengok signboard baru tau nama sebenar tempat tu. Ini kali pertama saya sampai ke sini. Seronok dapat bershopping, tapi rasa tak puas sebab kami sampai sana dah lewat petang. Banyak kedai dah nak tutup. Dalam tak sempat bershopping tu, saya berjaya juga membeli kukus 30cm cap buaya dengan harga rm53.00. Rata-rata kedai yang saya pergi, memang harga lebih kurang sama je. Rasanya mereka dah pakat untuk letak harga yang sama. Tak banyak perbezaan harga dari satu kedai dengan kedai yang lain. Cuma kena pandai tawar harga agar dapat lebih murah. Kalau berkesempatan, cuti balik ke kampung, saya nak jalan ke Pengkalan Kubor pagi-pagi lagi. Baru rasa puas hati. Abang, sila layan ye..hi2.
Kat Pengkalan Kubor juga, banyak barangan ala-ala Vantage yang dijual. Harga memanglah jauh berbeza dari Vantage tuh. Tapi kalau berminat untuk menambah koleksi, bolehlah cuci mata di sini. Saya, tak minat sangat dengan barangan Inggeris style. Lain kali, kalau dapat peluang ke sana, saya nak rembat kuali, periuk, barang-barang rumah. Baru-baru nak mula hidup, bolehlah kumpul sikit2. Senang sikit bila kenduri. Saya rasa dulu-dulu harga periuk/pinggan mangkuk lebih murah jika dibandingkan dengan harga sekarang. Mak mertua saya cakap, dulu memang harga murah, tapi orang susah nak beli sebab duit susah nak dapat. Yelah, nilai duit masa tu besar. Sekarang ni nilai duit makin kecil. Barang pun senang nak dapat dan harga tinggi. Kalau sebelum kawin, jangan haraplah nak shopping barang-barang rumah. Tak de dalam senarai pun. Bila dah kawin, baru nak beli itu ini.

Belum habis lagi cerita di Klate nih, lepas pi shopping, kami ke 'pondok' adik ipar saya ita pula di Pasir Mas. Kalau tadi kami ke rumah mertuanya, kali ini kami ke rumah ita. Ini pun antara pengalaman baru saya. Saya tak pernah menjejakkan kaki ke 'pondok'. Saya tak ingat nama 'pondok' ni. Madrasah ape ntah. Apa yang saya faham, pondok ialah tempat tinggal orang/pelajar yang berminat untuk mendalami agama Islam. Pelajar di sini tidak mengira usia. Ada yang muda, ada yang tua. Semuanya ingin mempelajari agama. Sebuah rumah kecil yang sederhana, tiada tv dan radio (pendek kata hiburan). Cuma yang ada kelengkapan asas seperti makanan, air, elektrik, tempat tidur. Jika dibandingkan dengan kehidupan kita di bandar, memang jauh bezanya. Apepun, ini merupakan sebuah pengalaman berharga bagi saya. Kalau dulu,saya pernah melihat di kaca tv mengenai kehidupan di pondok. Pada hari tersebut, saya lihat dengan mata saya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..