SGM 6 Tasik Cempaka Bangi

Akhirnya saya berjaya untuk menghadirkan diri ke Support Group Meeting (SGM) kali ke-6 yang diadakan pada Ahad lalu. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan saya diketuai oleh Hayati dan Hanidah. Topik yang dibincangkan berkisar tentang persediaan BF ketika berpuasa. Maklumlah, lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bertukar-tukar pengalaman masing-masing, tak kira bekerja atau suri rumah tangga sepenuh masa, pasti ada sedikit kegusaran dalam hati untuk meneruskan penyusuan di samping menunaikan tanggungjawab melaksanakan ibadah puasa. Foto dari blog Yatie. Antara ilmu yang saya peroleh dari perbincangan kumpulan kami ialah Sahur makan kurma 7 biji atau blend dengan susu. Makan makanan yang berkhasiat. Kata Fid, kalau kita teringin makan sesuatu, maknanya badan kira kekurangan zat dari bahan tuh. Pastikan mengambil air yang mencukupi. Berbuka puasa boleh mengambil lauk-lauk yang berair seperti sup. Kekalkan jadual pam setiap hari sekiranya bekerja untuk mant...