SGM 6 Tasik Cempaka Bangi

Akhirnya saya berjaya untuk menghadirkan diri ke Support Group Meeting (SGM) kali ke-6 yang diadakan pada Ahad lalu. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan saya diketuai oleh Hayati dan Hanidah.


Topik yang dibincangkan berkisar tentang persediaan BF ketika berpuasa. Maklumlah, lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bertukar-tukar pengalaman masing-masing, tak kira bekerja atau suri rumah tangga sepenuh masa, pasti ada sedikit kegusaran dalam hati untuk meneruskan penyusuan di samping menunaikan tanggungjawab melaksanakan ibadah puasa.

Foto dari blog Yatie.

Antara ilmu yang saya peroleh dari perbincangan kumpulan kami ialah
  • Sahur makan kurma 7 biji atau blend dengan susu.
  • Makan makanan yang berkhasiat. Kata Fid, kalau kita teringin makan sesuatu, maknanya badan kira kekurangan zat dari bahan tuh.
  • Pastikan mengambil air yang mencukupi.
  • Berbuka puasa boleh mengambil lauk-lauk yang berair seperti sup.
  • Kekalkan jadual pam setiap hari sekiranya bekerja untuk mantainkan pengeluaran susu. Lagi baik tambahkan sesi pam pada waktu malam. (time malam Fina je yg jadi manual pam saya)
  • Apa yang paling PENTING ialah MIND SET. Pastikan kita berfikiran positif dan yakin yang susu kita mencukupi untuk anak kita.
  • Akhir sekali, selalu berdoa dan bersyukur dengan rezeki susu yang Allah berikan pada anak kita.

Saya tak sempat tunggu hingga pembentangan ketiga-tiga kumpulan. Sebabnya Fina dah kepenatan dan haus nak nen. Baba Fina pula dah tak larat nak jaga Fina. Saya ingatkan SGM hanya 1 jam sahaja, rupa-rupanya dekat jam 12 tgh masih belum selesai perbincangan. Sorry ye abang. Seronok sungguh Fina bermain kat playground kat situ. Sampai rambut pun dah jadi kembang semacam.

Lepas Fina dah hilang haus, terus kami pulang ke rumah untuk menghadiri jemputan kenduri jiran sebelah rumah di PS. Petangnya pula kami ke Sri Kembangan pula. Keletihan sangat bila banyak tempat nak pergi dalam hari yang sama. Malamnya saya rasa tak sihat. Muntah-muntah sampai senak perut. (Takkan Fina baru nak tumbuh gigi, mama nak bagi Fina adik kan.lol..)

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu